• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Bersedia Kemungkinan Selepas Covid-19

oleh
10/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan, yang menghadapi pandemik koronavirus (Covid-19) yang tidak pernah berlaku sebelum ini, bersedia untuk sebarang kemungkinan untuk memastikannya mendahului jangkaan selepas Covid-19.

Dalam temu bual khas dengan stesen radio RTM, TraXX FM, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) telah memulakan usaha mengenai pelan pemulihan selepas Covid-19 dan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan untuk menghasilkan pelan draf yang akan dikeluarkan dalam tempoh beberapa minggu.

“Keadaan selepas Covid-19 akan menjadi dunia baharu dan Malaysia baharu, apabila terdapat lebih banyak persidangan video, orang bekerja dari rumah dan lebih ramai yang akan berhati-hati mengenai kesihatan mereka.

“Sikap pengguna akan berubah apabila terdapat lebih banyak pendigitalan dan e-dagang,” katanya, sambil menambah Malaysia akan terus melaksanakannya dengan baik tetapi ia perlu membuat beberapa perubahan asas.

Walaupun berdepan dengan keadaan di luar jangkaan, Mustapa berkata, kerajaan telah mempelajari banyak perkara dan mengenal pasti kelemahan yang boleh ditambah baik seperti pangkalan data mengenai perusahaan mikro seperti penjaja jalanan, yang menjadikannya sukar kepada kerajaan untuk membantu mereka dalam situasi ini.

Selain itu, katanya pandemik tersebut turut mendedahkan beberapa kelemahan dari segi pendigitalan walaupun negara mencatatkan kadar penembusan jalur lebar yang tinggi.

“Kami mula menyaksikan beberapa kelemahan di sini dan di sana. Misalnya, dari segi e-dagang dan pendigitalan, kita jauh ketinggalan. Kita perlu lebih agresif,” katanya.

Mustapa berkata, ia telah menjadi satu bulan yang sukar kepada kerajaan baharu, menangani antara mengurangkan impak ekonomi daripada Covid-19, mengekalkan kesihatan awam dan kemerosotan harga minyak dunia.

Dalam akaun Twitter rasmi pasukan komunikasinya semalam, katanya menteri itu bekerja hingga lewat malam di Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk menghadiri Mesyuarat peringkat Menteri Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC (Luar Biasa) Kesembilan melalui telepersidangan.

“Bekalan yang meningkat dan permintaan yang merosot dalam beberapa minggu ini telah mengejutkan pasaran minyak dunia. Berharap kepada penyelesaian yang baik,” kata beliau.

Mustapa berkata, mesyuarat telepersidangan itu, yang bermula pada 11 malam semalam akhirnya berakhir pada 8.30 pagi ini, mungkin mesyuarat paling lama yang beliau pernah hadiri.

Tags: Covid-19koronavirusmajlis tindakan ekonomi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd