• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenapa Indonesia Tak ‘Lockdown’?

oleh
08/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Indonesia tidak menguatkuasakan ‘lockdown’ atau perintah kawalan pergerakan bagi menangani penularan Covid-19, kerana ia bukanlah mudah untuk dilaksanakan di negara yang mempunyai penduduk lebih 270 juta orang.

Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, Doni Monardo berkata, sekiranya dilaksanakan, pemerintah menghadapi pelbagai kekangan bagi menyediakan keperluan asas untuk berjuta-juta rakyat di negara ini yang juga mendiami lebih 16,000 pulau.

“Kalau lockdown atau kuarantin wilayah (kawalan pergerakan antara wilayah) bagaimana nasib pekerja harian (pekerja yang mendapat upah harian) dapat bekerja?” katanya.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, 12 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian kini 221 kes, manakala dalam tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 247 kes baharu, menjadikan kes positif kini melibatkan 2,738 orang.

Pada 31 Mac lepas, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menetapkan negara ini berstatus darurat atau kecemasan kesihatan dan menerusi penetapan status itu, beliau memerintahkan pembatasan sosial berskala besar dilaksanakan dalam semua aspek aktiviti masyarakat.

Presiden Jokowi sebelum ini menyatakan Indonesia perlu menangani penularan virus itu dengan mengambil kira keadaan tertentu seperti keluasan wilayah, jumlah penduduk, disiplin, kondisi geografi, budaya, perekonomian budaya, ekonomi masyarakat dan kemampuan fiskal.

Jokowi juga sebelum ini mengumumkan pelbagai bantuan dan insentif kepada rakyatnya yang terkesan akibat pandemik itu, antaranya memberikan bantuan kewangan Rp600,000 sebulan (kira-kira RM170) bagi tempoh tiga bulan kepada golongan miskin, selain bantuan kad sembako (kad membeli barangan keperluan asas) bernilai Rp200,000 kepada lebih 20 juta ketua keluarga.

Sekalipun tiada larangan keluar rumah, Kota Jakarta dan kota lain di Indonesia, kini ‘sepi’ berikutan beberapa langkah secara berperingkat-peringkat sejak 16 Mac lepas, seperti penutupan sekolah, tempat ibadat, pusat pelancongan, pusat hiburan serta arahan bekerja dari rumah bagi sektor tidak kritikal, larangan berhimpun atau berkumpul dalam skala besar, pembatasan penggunaan pengangkutan awam, selain kempen ‘duduk di rumah’.

Tags: Covid-19Indonesialockdownperintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd