• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Balik KL Tipu Polis, Ingkar PKP Dikenal Pasti

oleh
17/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS sudah mengenal pasti seorang lelaki dan keluarganya yang tular di media sosial pulang ke Kuala Lumpur dengan menipu pihak berkuasa dan memberi ‘tips’ untuk mempengaruhi orang ramai ingkar perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semalam tular di media sosial berkaitan lelaki terbabit yang memberi ‘tips’ bagaimana ingin menipu polis untuk pulang ke Kuala Lumpur.

“Saya nak beri peringatan kepada semua jangan pengaruhi orang lain untuk ikut tindak tanduk mereka.

“Polis sudah mengenal pasti individu terbabit dan tindakan diambil kepada mereka kerana tiada sesiapa boleh terlepas dari undang-undang lebih-lebih lagi mereka mengakui ingkar arahan PKP,” katanya pada sidang media harian di Putarajaya, di sini, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Ismai Sabri berkata, jangan bangga melakukan kesalahan dan menganggap diri seperti hero yang akhirnya akan menyusahkan diri sendiri dan keluarga.

Terdahulu tular di media sosial seorang lelaki memberi alasan ingin membuat pemeriksaan anak di klinik kesihatan dan tiada orang yang dapat menjaga anak menyebabkan mereka keluar sekeluarga.

Mengulas mengenai dakwaan polis tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan kepada pesalah PKP, beliau berkata, tindakan polis itu mengikut Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

“Mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dengan jelas menyatakan Menteri Kesihatan boleh melantik mana-mana pegawai termasuk polis yang diberikan kuasa melaksanakan perkara berkaitan akta itu.

“Segala kesalahan mengingkari perintah pegawai awam boleh dihukum mengikut akta itu dan kanun keseksaan…jadi jika ada yang persoalkan kuasa polis saya ingin jelaskan polis memang berkuasa bagi melaksanakan tugas apa yang termaktub dalam akta itu,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakanpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Carian ‘Google Classroom’ Di Malaysia Tertinggi Di Dunia

Next Post

China Mengaku Salah Kira Jumlah Sebenar Mangsa Covid-19

Related Posts

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

05/07/2025
0

REMBAU – Dua lagi lelaki yang merupakan pemilik tiga buah kereta yang didapati menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan...

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Parah Di Parkir HKL

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Parah Di Parkir HKL

02/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat kejadian seorang warga asing ditemui parah pada kepala dan badan di kawasan parkir bertingkat di Hospital...

Next Post

China Mengaku Salah Kira Jumlah Sebenar Mangsa Covid-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd