• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKM Nafi Agih Bakul Makanan Dengan Nilai Rendah

oleh
24/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan wujud pengagihan bantuan bakul makanan dengan nilai rendah seperti didakwa sesetengah pihak ketika ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini.

“Sebenarnya, isu yang dibangkitkan adalah jumlah (bantuan makanan) yang tidak mencukupi, konon jumlah yang diberi ada RM35 sahaja. Ada individu tertentu yang buat posting dalam media sosial masing-masing.

“Menteri (Rina) sudah maklumkan bahawa JKM menerima sumbangan dari NGO dan pelbagai pihak. Tetapi nilai dan kos sumbangan tidak ditetapkan, boleh jadi RM30, RM50 RM70, RM100, RM200 itu terserah. Menteri juga maklumkan, itu bukan bakul dari JKM,”  katanya pada sidang media harian di sini, hari ini.

Pada 17 April dilaporkan, kira-kira 1.1 juta isi rumah seluruh negara mendapat manfaat daripada agihan bantuan bakul makanan daripada JKM sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

JKM memaklumkan agihan bantuan keperluan makanan itu melibatkan 279,223 penerima yang terkesan dengan PKP.

Ditanya mengenai langkah diambil kerajaan berhubung kes positif COVID-19 di Selangor Mansion yang masih mencatatkan jumlah tinggi, Ismail Sabri berkata perkara itu berada dalam kawalan memandangkan kawasan berkenaan juga telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Perkara ini akan kita bincangkan sebab akhirnya Kementerian Kesihatan Malaysia akan memberikan nasihat kepada kita sebelum membuat keputusan. Jika perlu disambung (tempoh PKPD) kerana ada kenaikan (kes positif COVID-19) saya akan umumkan,” katanya. 

Berhubung respons kedutaan luar berikutan ramai rakyat asing yang berada di kawasan itu, beliau berkata Kementerian Luar sentiasa berhubung dengan pihak kedutaan berkaitan bagi memastikan kebajikan rakyat mereka terjaga.

Ditanya sama ada kerajaan mempertimbang untuk membuka kaunter atau kiosk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memudahkan pencarum yang tidak tahu menggunakan kemudahan dalam talian untuk mengeluarkan wang,  beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan turut dihadiri wakil Kementerian Kewangan. 

Tags: bantuan bakul makananJabatan Kebajikan Masyarakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

LHDNM Dan Kemanusiaan

01/10/2021
0

Seperti kita ketahui LHDNM merupakan penyumbang "full time" kepada Program Bakul Makanan bagi membantu golongan yang terjejas akibat pandemik. Beberapa...

LHDN Bantu Rakyat Semasa Pandemik

14/09/2021
0

LHDN Bantu Rakyat Semasa Pandemik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd