• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Khas Kabinet Ditubuhkan Lindungi Ekonomi, Pekerja

oleh
02/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Kabinet bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet bagi membangunkan langkah strategik melindungi ekonomi Malaysia dan pasaran tenaga kerja yang terkesan oleh COVID-19.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataan berkata, jawatankuasa bermatlamat membentuk keseimbangan antara keutamaan ekonomi negara dan keberkesanan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia akan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Anggota Jawatankuasa Khas juga akan terdiri daripada mereka yang terbabit dalam bidang ekonomi dan keselamatan negara.

MITI berkata, bidang utama lain Jawatankuasa Khas termasuk langkah-langkah untuk mengekalkan enjin ekonomi Malaysia, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) semasa PKP selain memastikan keberkesanan usaha menangani tenaga kerja tempatan.

“Penubuhan Jawatankuasa ini turut mencerminkan tindakan pantas kerajaan untuk menangani isu-isu yang disuarakan rakyat dan komuniti perniagaan Malaysia,” katanya.

MITI berkata, ia akan mengadakan libat urus bersama peserta industri daripada pelbagai sektor untuk mendapatkan pandangan terperinci sektor ekonomi tertentu.

“Usaha ini penting untuk memastikan Jawatankuasa akan menangani isu khusus dihadapi komuniti perniagaan, terutama PKS, pengeluar dan pelabur,” katanya.

Jawatankuasa Khas dijadualkan bersidang esok dan mengadakan mesyuarat kedua Ahad ini.

Cadangan-cadangan kemudiannya akan disampaikan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi pada 6 April ini. – BH Online

Tags: Covid-19Ekonomi Malaysiajawatankuasa khas kabinettenaga kerja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd