• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangkitan Covid-19 Bukan Satu Jenaka

oleh
17/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAGUH baling tukul besi negara, Jackie Wong memberi amaran jangkitan Covid-19 bukan satu jenaka dan menasihatkan masyarakat supaya mengambil perhatian serius dalam usaha mengekang wabak itu.

Sebagai seorang atlet, pemegang rekod kebangsaan dengan catatan balingan sejauh 68.22m itu tidak pernah membayangkan dirinya akan dijangkiti Covid-19 apatah lagi mengambil kira gaya hidupnya yang aktif.

“Covid-19 tidak pilih sesiapa. Saya tidak pernah terfikir akan menjadi salah seorang yang dijangkiti wabak ini tetapi saya anggap ini sebagai satu ujian, mungkin sepanjang tempoh sebulan kuarantin ini tuhan nak saya belajar sesuatu.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Saya nasihatkan kepada semua masyarakat kalau tidak mempunyai apa-apa urusan jangan keluar rumah. Lagi elok duduk di rumah, ia jauh lebih baik berbanding duduk di hospital,” katanya.

Jackie, 27, ialah atlet negara pertama disahkan positif Covid-19 dan keputusan sampel ujian yang tidak konsisten sehingga kini menyebabkan sudah hampir sebulan beliau menjalani tempoh pengasingan dan rawatan di Hospital Sibu, Sarawak sejak 16 Mac lalu.

Jackie antara atlet olahraga negara yang tidak mengenal erti putus asa serta menyerah kalah selepas memecahkan rekod kebangsaan acara baling tukul besi sebanyak 17 kali sepanjang bergelar atlet.

Semangat itu kini menjadi motivasi pemenang pingat perak Sukan SEA Filipina 2019 itu dalam melawan jangkitan Covid-19 apabila terpaksa melupakan hasrat pulang ke rumah dalam masa terdekat susulan keputusan ujian sampel Covid-19 terbaharu yang diambil semalam menunjukkan keputusan positif.

Jackie perlu disahkan negatif dalam dua ujian yang dijalankan secara berturut-turut sebelum dibenarkan keluar dari hospital dan sehingga semalam antara tujuh dan lapan ujian Covid-19 sudah dilakukan.

Dalam pada itu, situasi yang dilalui Jackie turut mendapat perhatian jurulatihnya dari China, Gu Yuan yang sering memantau perkembangan kesihatannya selain meminta beliau memberi lebih tumpuan kepada rawatan berbanding memikirkan terhadap prestasi.

“Kami sering berhubung kerana saya ada hantar klip video latihan supaya beliau (Gu Yuan) boleh menilai perkembangan semasa saya, tetapi dia selalu nasihatkan saya jangan terlalu fokus kepada latihan supaya saya boleh sembuh dengan segera,” kata Jackie.

Berdoa sebaik bangun dari tidur sebelum menghabiskan masa membaca buku atau menonton filem adalah antara rutin harian Jackie sejak sebulan lepas di hospital manakala pada sebelah petang beliau lebih gemar melakukan aktiviti kecergasan fizikal.

Tags: Atlet NegaraCovid-19jackie wongkoronavirus
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agong Berkenan Sampai Sumbangan Peribadi Tabung COVID-19

Next Post

Rakyat Malaysia Di AS Terus Berharap COVID-19 Berakhir

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Rakyat Malaysia Di AS Terus Berharap COVID-19 Berakhir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd