• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ingkar Kuarantin: Korea Selatan Pertimbang Guna Gelang Elektrik

oleh
07/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Korea Selatan mempertimbangkan untuk menggunakan gelang elektrik bagi menghalang mereka yang dikuarantin, keluar rumah, kata pegawai hari ini ketika wujud kebimbangan semakin ramai melanggar peraturan dan menyebarkan virus Covid-19.

“Majoriti penduduk mematuhi peraturan kuarantin sendiri, tetapi ada beberapa kes mereka meninggalkan kawasan yang ditetapkan,” kata pegawai kanan kementerian kesihatan, Yoon Tae-ho pada taklimat media.

“Kerajaan terpaksa memikirkan pelbagai langkah pencegahan, andai peraturan kuarantin sendiri ini tidak dipatuhi,” katanya merujuk kepada penggunaan gelang itu sebagai pilihan.

Pegawai itu bagaimanapun sedar terhadap sentimen negatif berkaitan gelang elektrik itu dengan menyatakan, fokus ketika ini adalah bagi mencari kaedah berkesan sejajar dengan garis panduan kuarantin.

Kenyataan itu dibuat berikutan kebimbangan mereka yang disyaki dijangkiti Covid-19 keluar dari lokasi kuarantin masing-masing dan menyebarkan virus itu kepada komuniti tempatan lapor agensi berita Yonhap.

Kerajaan ketika ini menggunakan aplikasi telefon bimbit bagi memantau pematuhan kuarantin tetapi banyak kes dilaporkan, penduduk meninggalkan telefon mereka di rumah atau mematikan fungsi sistem pengesanan lokasi GPS masing-masing.

Pihak berkuasa mendapati 75 orang mencabuli peraturan itu setakat ini. Enam daripada mereka sudah ditahan untuk siasatan lanjut.

Korea Selatan mewajibkan kuarantin sendiri selama dua minggu kepada semua yang tiba dari luar negara bermula Rabu.

Kira-kira 46,566 orang termasuk lebih 36,000 yang baru tiba dari luar negara, kini diarahkan mematuhi garis panduan kuarantin sendiri. Jumlah itu dijangka meningkat sehingga lebih 80,000.

Bermula Ahad, kerajaan turut meningkatkan hukuman terhadap mereka yang melanggar peraturan atau memberi maklumat palsu ketika proses kuarantin. Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda 10 juta won (AS$8,172).

Hari ini, Korea Selatan mengumumkan 47 kes baharu menjadikan 10,331 orang dijangkiti wabak itu di seluruh negara.

Tags: Covid-19Korea Selatankuarantin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

04/08/2025
0

SEOUL - Lebih 2,500 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat semalaman melanda wilayah selatan Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd