• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hubungan Keluarga, Tekanan Kerja Aduan Semasa PKP

oleh
09/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Isu berkaitan hubungan kekeluargaan dan tekanan kerja adalah antara aduan paling biasa dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Befrienders Penang, Damian Lee berkata, kebanyakan aduan diterima adalah berkaitan dengan masalah hubungan apabila terpaksa tinggal bersama-sama dengan saudara-mara atau ahli keluarga semasa tempoh larangan pergerakan bagi membendung wabak koronavirus (Covid-19).

“Ini akan menjadi lebih buruk sekiranya mana-mana daripada mereka mempunyai masalah mental dan jika mereka terperangkap dalam keadaan sama dengan saudara-mara atau ahli keluarga, ia akan mencetuskan kemurungan, kebimbangan atau kecenderungan membunuh diri,” katanya hari ini.

Menurutnya, individu tidak perlu bimbang untuk menghubungi Befrienders kerana identiti mereka tidak didedahkan dan semua maklumat dirahsiakan serta memberi sokongan emosi kepada mereka yang memerlukan melalui pendekatan mendengar secara aktif masalah mereka.

Damian juga menegaskan terdapat juga aduan individu bahawa mereka menghadapi lebih banyak tekanan apabila bekerja dari rumah berbanding di tempat kerja masing-masing.

Beliau berkata, individu mendapati lebih sukar untuk bekerja dari rumah dengan sumber yang terhad dan sekiranya menghadapi masalah dengan tugas, sukar untuk mereka berkomunikasi dengan rakan sekerja.

“Mereka berkata sebelum PKP, mereka hanya perlu memanggil rakan sekerja di pejabat setiap kali memerlukan bantuan dengan kerja tetapi sekarang sukar untuk menghubungi mereka,” katanya.

Sementara itu, Damian berkata, khidmat talian hotline Befrienders Penang telah digantung sementara sepanjang tempoh PKP yang berakhir 14 April ini.

“Bagaimanapun, perkhidmatan kami masih boleh didapati secara dalam talian…oleh itu individu yang memerlukan bantuan atau sokongan emosi boleh menghubungi kami melalui-e-mel atau media sosial,” katanya.

Befrienders Pulau Pinang boleh dihubungi melalui e-mel di alamat [email protected]. Facebook (Befrienders Penang) atau menerusi aplikasi WhatsApp di talian 011-5699-7687.

Tags: Covid-19koronavirusperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd