• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elakkan Aktiviti Kunjung-Mengunjung Ketika Ramadan

oleh
22/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENGAMBIL iktibar daripada penyebaran jangkitan Covid-19 dalam Kluster Pengerang dan Sub-kluster Rembau, masyarakat diminta kekal patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang Ramadan ini dengan mengelakkan daripada melakukan aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah rakan mahupun sanak-saudara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia termasuklah perjalanan rentas negeri, daerah dan mukim atau menghadiri perhimpunan besar-besaran (termasuk majlis keagamaan dan majlis keraian).

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“KKM khuatir aktiviti seperti ini yang menjadi kelaziman rakyat Malaysia, akan mengakibatkan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan ahli keluarga terutama kepada golongan warga emas dan kanak-kanak,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, tradisi dan amalan ibadat pada Ramadan bagi umat Islam seluruh dunia juga akan turut terkesan memandangkan banyak negara sedang melaksanakan kawalan pergerakan dan sempadan bagi mengekang penularan Covid-19 di negara masing-masing.

“Umat Islam di Malaysia diseru menggunakan peluang ketika Ramadan ini untuk menjalankan aktiviti dan amalan keagamaan seperti persediaan juadah berbuka puasa dan solat berjemaah dengan keluarga di rumah masing-masing.

“Langkah ini dapat membantu kita menjaga dan melindungi ahli keluarga yang dikasihi terutamanya ibu bapa yang tua dan anak-anak kecil daripada dijangkiti penyakit Covid-19,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMperintah kawalan pergerakanramadanumat Islam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sidang Khas RCI Tabung Haji Bersihkan Imej DAP, Penyelamat Kewangan Umat Islam?

Sidang Khas RCI Tabung Haji Bersihkan Imej DAP, Penyelamat Kewangan Umat Islam?

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sidang khas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di Dewan Rakyat hari ini mungkin kelihatan seperti...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd