• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekonomi Negara Ambil Masa Lama Untuk Pulih – Mahathir

oleh
01/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan ekonomi Malaysia akan pulih selepas negara bebas sepenuhnya daripada penularan wabak koronavirus (Covid-19) di mana aktiviti perniagaan, perdagangan dan pelancongan kembali beroperasi.

Namun begitu, beliau mengakui ia bakal mengambil masa yang lama kerana perlu membina asas ekonomi.

“Kita dapati tabiat bekerja itu mungkin berkurangan. Kita perlu bangunkan diri untuk bekerja lebih kuat kerana dengan cara tersebut kita dapat memulihkan negara dengan lebih cepat,” katanya ketika menjawab soalan daripada pelayar di Facebook hari ini.

Dr Mahathir berkata, impak pandemik Covid-19 kepada dunia daripada sudut ekonomi sangat buruk kerana buat masa sekarang hanya berapa peratus sektor yang beroperasi.

“Cuba bayangkan (pada masa ini) orang tidak bekerja, mereka tidak produktif dan tidak membantu mengembangkan ekonomi dengan baik.

“Hari ini, disebabkan oleh pandemik Covid-19, pelancong tidak boleh melancong, syarikat penerbangan tidak boleh beroperasi sehingga kerugian berbilion. Bukan sahaja penerbangan, sektor pelancongan lain seperti hotel, restoran dan pembekal mengalami kerugian. Hanya 30 peratus aktiviti perniagaan beroperasi,” katanya.

Menurutnya, banyak syarikat pada ketika ini menderita disebabkan oleh Covid-19 akibat tiada aliran tunai mencukupi.

“Apabila kurang orang bekerja, maka kurang produktiviti dan sekali gus mengurangkan pertumbuhan ekonomi dunia,” katanya.

Menjawab pertanyaan pelayar Facebook mengenai berapa lama wabak Covid-19 bakal berakhir, Dr Mahathir berkata, ia terpulang kepada sikap rakyat Malaysia.

“Kalau kita ikut Perintah Kawalan Pergerakan dengan berada di rumah, maka tiada sesiapa akan dijangkiti. Kalau keluar berjalan, berkumpul, bersalam dan berpelukan, ia menambah risiko jangkitan kepada lebih ramai dan mengambil masa lebih lama untuk pulih.

“Sebab itu PKP ini merupakan salah satu cara untuk memendekkan serangan Covid-19,” katanya.

Ketika diajukan soalan sekiranya wujud mesin masa, adakah beliau akan memilih masa lalu atau masa depan.

Dr Mahathir berkata, beliau ingin ke masa lalu untuk melaksanakan beberapa perkara yang boleh mengubah nasib masyarakat, bangsa dan negaranya.

“Kalau ke hadapan, saya tidak tahu apa akan terjadi,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau meminta generasi muda mempunyai peranan bagi memajukan negara.

“Mereka perlu mempunyai nilai hidup mulia seperti berdisiplin dan tidak terlalu mengikut nafsu. Ada anak muda terlibat dengan penyalahgunaan dadah yang sebenarnya ia bukan suatu paksaan untuk mereka pergi ke arah itu.

“Anak muda mesti bekerja keras bukan untuk diri kita semata-mata tetapi bagi masyarakat dan kaum. Kalau tidak rajin bekerja, apa yang akan berlaku ialah orang asing datang ke negara untuk menjalankan tugas yang ditolak dan selepas itu mereka kaya. Mereka akan beli tanah di bandar-bandar dan lama kelamaan, kita akan ditolak makin jauh daripada bandar,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19Ekonomi MalaysiaMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd