• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dunia Di Ambang ‘Pandemik Kelaparan’ Akibat Covid-19

oleh
22/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Dunia kini berada di ambang ‘pandemik kelaparan’ di tengah-tengah penularan wabak koronavirus (Covid-19) bakal menyaksikan tambahan seramai 130 juta orang lagi diancam kebuluran, kata Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia (WFP), David Beasley pada semalam.

“Jutaan orang awam yang tinggal di negara dilanda konflik termasuk wanita dan kanak-kanak diancam kekurangan makanan dan keadaan itu diramal akan menjadi lebih buruk,” kata Beasley lapor agensi berita Anadolu.

Menurut pakar, 821 juta orang terpaksa tidur dalam kelaparan dan Laporan Global mengenai Krisis Makanan yang baru diterbitkan menunjukkan 135 juta lagi bakal menghadapi situasi sama atau mungkin lebih teruk.

“Bermakna 135 juta orang kini di ambang kebuluran. Tetapi sekarang analisis WFP menunjukkan disebabkan Covid-19 tambahan 130 juta lagi akan diancam kebuluran pada akhir 2020. Keseluruhan seramai 265 juta orang,” katanya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Beliau turut memberi amaran 36 negara mungkin menghadapi krisis kebuluran akibat virus itu.

“Di banyak tempat, penderitaan manusia merupakan konflik yang sangat serius,” katanya.

Sejak virus Covid-19 muncul di China pada Disember lalu, ia sudah menular ke sekurang-kurangnya 185 negara dan wilayah.

Data dikumpulkan Johns Hopkins University menunjukkan lebih 2.5 juta orang sudah dijangkiti dengan jumlah kematian hampir 172,000 manakala kira-kira 660,000 pesakit sembuh. 

Tags: kebulurankoronaviruspandemik COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Somalia Beri Amaran Bakal Hadapi Kebuluran

31/05/2022
0

MOGADISHU - Somalia kini mengalami kemarau terburuk yang pernah direkodkan sejak beberapa dekad, menghampiri keadaan kebuluran di tengah-tengah krisis kelaparan...

Krisis Ekonomi Sri Lanka Berisiko Bawa Kebuluran

06/04/2022
0

COLOMBO: Krisis ekonomi yang melumpuhkan Sri Lanka berisiko menyebabkan kebuluran di seluruh negara kepulauan dengan 22 juta penduduk itu, manakala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd