• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: Wilayah Persekutuan Bermunajat 5 Hari

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan program Wilayah Persekutuan Bermunajat selama lima hari bermula malam ini untuk memohon dan berdoa kepada Allah SWT agar penularan wabak COVID-19 dapat segera dibendung.

Selepas malam ini, program dianjur dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) akan diadakan pada 4, 7, 9 dan 13 April.

Dalam satu kenyataan hari ini, JAWI memaklumkan, Wilayah Persekutuan Bermunajat akan diadakan serentak pada jam 7.50 malam selepas solat Maghrib di semua masjid, surau termasuk surau Jumaat dan kediaman umat Islam di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Kaedah pelaksanaan program ini adalah dengan memastikan imam yang bertugas di masjid, surau Jumaat dan surau membacakan teks zikir dan doa yang telah disediakan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menggunakan pembesar suara yang jelas didengar.

“Inisiatif ini bagi menyeru seluruh umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan untuk bermunajat dan berdoa kepada Allah SWT agar penularan wabak COVID-19 dapat segera dibendung dan Malaysia sentiasa mendapat perlindungan dan kesejahteraan daripada Allah SWT,” kata JAWI. – BH Online

Tags: bermunajatCovid-19JAWIWilayah Persekutuan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mufti Wilayah Persekutuan Menentang Usaha Gugat Pegangan Akidah Umat Islam

Mufti Wilayah Persekutuan Menentang Usaha Gugat Pegangan Akidah Umat Islam

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha, gerakan atau penyebaran fahaman yang cuba menggugat serta...

Senaman Yoga Gabung Unsur Keagamaan, Pemujaan Adalah Haram – JAWI

Senaman Yoga Gabung Unsur Keagamaan, Pemujaan Adalah Haram – JAWI

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Senaman Yoga yang menggabungkan amalan fizikal dengan unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah haram menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd