• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: Donald Trump Beku Dana Kepada WHO

oleh
15/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pembekuan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Langkah pembekuan itu diambil kerana Trump menuduh WHO cuba menyembunyikan tahap serius penularan koronavirus (Covid-19) di China sebelum ia merebak ke seluruh dunia.

Trump pada satu sidang media berkata, beliau mengarahkan pentadbirannya untuk menghentikan penyaluran dana berkenaan sementara penilaian dibuat terhadap peranan WHO dalam salah urus dan cubaan untuk menutup penularan wabak itu.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Menurutnya, WHO menghalang ketelusan mengenai wabak berkenaan dan AS selaku penyumbang terbesar akan berbincang mengenai kegunaan dana yang seharusnya pergi kepada pertubuhan itu.

“Dengan tercetusnya wabak Covid-19, kami mempunyai kebimbangan yang mendalam apakah kemurahan hati Amerika telah digunakan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau sebelum ini menuduh WHO berpihak kepada China dan cuba menghalang pesaing ekonomi terbesar AS itu mendedahkan mengenai pandemik berkenaan.

Katanya, ia menyebabkan negara lain membazirkan masa penting untuk bersedia dan menangguhkan keputusan untuk hentikan perjalanan antarabangsa.

“Serangan WHO terhadap sekatan perjalanan meletakkan kebenaran politik melebihi langkah untuk menyelamatkan nyawa.

“Sekiranya WHO menjalankan tugasnya dan menghantar pakar perubatan ke China untuk menilai secara objektif keadaan di lapangan dan menghentikan ketidaktelusan China, wabak itu pasti dapat dibendung daripada puncanya dengan hanya sedikit jumlah kematian,” kata Trump.

Namun pengkritik menyatakan, Trump sering memuji Beijing ketika wabak itu mula merebak dan memperlekeh tahap keselamatan kesihatan di negara sendiri. – Agensi

Tags: Amerika SyarikatChinaCovid-19koronaviruswho
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd