• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

75% Kematian Akibat Covid-19 Adalah Lelaki

oleh
14/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

STATISTIK kematian lelaki lebih ramai daripada wanita di Malaysia akibat Covid-19 disebabkan perhimpunan di Sri Petaling dan kaum itu lebih kerap berada di luar.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 75 peratus kematian di Malaysia adalah membabitkan kaum lelaki manakala 25 peratus adalah wanita.

“Dalam perhimpunan Sri Petaling kebanyakan yang hadir adalah lelaki iaitu 33 peratus kematian di Malaysia terdiri daripada kluster itu.

“Faktor seterusnya lelaki lebih banyak aktiviti di luar dan terdedah dengan risiko jangkitan berbanding wanita,” katanya dalam sidang media harian, hari ini.

Menurutnya, hasil dapatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mendapati 50 peratus pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di negara ini terdiri daripada mereka berusia lebih 60 tahun ke atas.

“Mereka ini adalah golongan berisiko tinggi manakala 85 peratus daripadanya mempunyai sejarah kesihatan lain seperti kencing manis, penyakit jantung dan darah tinggi.”

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Sementara itu, Noor Hisham berkata, ketika ini keupayaan 43 makmal seluruh negara untuk menguji Covid-19 adalah 11,500 ujian walaupun sasaran 16,500 sehari.

“Kita akan tambah lima makmal lagi di bawah KKM iaitu di Tawau, Sandakan, Miri, Bintulu dan Kluang menjadikan keseluruhan 48 makmal.

“Selain itu, untuk menjimatkan penggunaan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR) yang mampu mengesan virus yang masih berada dalam badan pesakit.

“Kebiasaannya kita menggunakan teknik swab (calitan) pada hari pertama, bagaimanapun kita mengubah sedikit iaitu pada hari ke-13 kita menggunakan kaedah serologi bagi mengukur respons antibodi,” katanya.

Menurutnya, dengan menggunakan kaedah serologi ia tidak perlu dihantar ke makmal dan keputusan diperoleh lebih cepat. – myMetro Online

Tags: Covid-19kematianKKMPenyakit Kronik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd