• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

224,402 Penduduk Dunia Terkorban Akibat COVID-19

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Sekurang-kurangnya 224,402 penduduk dunia dilaporkan terkorban sejak wabak COVID-19 yang kali pertama muncul di China, pada Disember lalu, berdasarkan sumber rasmi.

Lebih daripada 3,141,2500 kes didaftarkan di 193 negara dan wilayah dengan sekurang-kurangnya 889,200 daripadanya dilaporkan pulih sepenuhnya.

Statistik yang dikumpulkan oleh AFP daripada pihak berkuasa setiap negara dan maklumat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu bagaimanapun berkemungkinan mewakili sebahagian daripada angka sebenar jangkitan.

Ia berikutan kebanyakan negara hanya melakukan saringan membabitkan kes yang serius.

Statistik COVID-19 semalam mencatatkan sebanyak 6,328 kes kematian baharu dengan pertambahan 72,900 kes baharu.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Amerika Syarikat mengesahkan kes kematian tertinggi semalam iaitu 1,913 kes, diikuti United Kingdom (795) dan Brazil (474).

Amerika Syarikat juga mencatatkan kematian keseluruhan tertinggi dengan angka sebanyak 59,446 daripada 1,028,217 jumlah kes di seluruh dunia.

Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 116,776 kes disahkan sembuh sepenuhnya.

Selepas Amerika, Itali adalah negara kedua mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 27,682 angka korban daripada 203,591 kes keseluruhan.

Ia diikuti United Kingdom yang mencatatkan 26,097 kematian daripada 165,221 kes.

Negara lain yang turut terjejas adalah Sepanyol dengan 24,275 kematian daripada 212,917 kes keseluruhan, selain Perancis yang melaporkan 24,087 kematian daripada 168,935 kes keseluruhan.

Sementara itu di China, tidak termasuk Hong Kong dan Macau pula mengesahkan 4,633 kematian daripada 82,858 kes keseluruhan.

Jumlah penduduk China yang dilaporkan pulih adalah sebanyak 77,578 orang.

Dalam perkembangan lain di Eropah, setakat ini sebanyak 135,348 kematian dicatatkan daripada 1,443,927 kes.

Tags: Covid-19kematiankoronaviruspenduduk dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

04/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memandang serius insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat berusia 16 tahun di sebuah sekolah...

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus susulan kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd