• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12,359 Individu Jalani Proses Kuarantin Wajib

oleh
12/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 12,359 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib di 163 pusat kuarantin.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 835 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air semalam dan turut dikuarantin wajib.

“Setakat semalam, sebanyak 163 pusat kuarantin beroperasi berbanding 156 pada hari sebelumnya di mana 12,359 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

“Saya ingin mengulangi bahawa pelaksanaan kuarantin wajib tetap dilaksanakan ke atas semua rakyat Malaysia yang masuk ke negara ini melalui pintu masuk antarabangsa darat, laut dan udara di seluruh negara,” katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau berkata, pusat kuarantin telah disediakan di semua pintu masuk antarabangsa dan rakyat Malaysia dari luar negara akan disaring sebelum dikuarantin wajib.

“Sebagai contoh pintu masuk antarabangsa melalui jalan darat di Padang Besar, Perlis dan Bukit Kayu Hitam, Kedah. Begitu juga kemasukan melalui jalan laut seperti di Terminal Feri Stulang Laut, Johor dan Terminal Feri Sandakan di Sabah.

“Pelaksanaan kuarantin wajib ini sama seperti yang dikenakan ke atas semua rakyat dan warga asing yang masuk ke negara ini melalui udara seperti melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19kuarantin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd