• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Tak Mahu Jawatan Dalam Kabinet

oleh
07/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak akan menawarkan diri untuk dilantik memegang sebarang jawatan dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu mengumumkan pendiriannya ketika berucap pada perasmian Berkelompok Persidangan UMNO Cawangan Empat Peringkat Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks Umno Bagan Datuk, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau yakin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai pertimbangan sewajarnya untuk melantik barisan Kabinet yang berkelayakan, berwibawa dan berkemampuan untuk membantunya.

“Sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO, saya menawarkan diri agar tidak dilantik bagi sebarang jawatan dalam Kabinet yang akan diumumkan.

“Kita semua hendaklah berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menyokong keputusan Perdana Menteri,” katanya.

Dalam sidang medianya, ditanya sama ada pendirian itu sudah dimaklumkan kepada perdana menteri, Ahmad Zahid berkata, beliau hanya memaklumkan perkara itu dalam pengumumannya saja dan mengakui itu adalah keputusan muktamadnya.

Sementara itu dalam ucapannya juga, Ahmad Zahid berkata, pihaknya sudah mengemukakan beberapa cadangan nama Ahli Parlimen BN kepada Muhyiddin untuk dipilih bagi mengisi jawatan dalam Kabinet mengikut beberapa perkara asas dan sumbangan BN dalam pembentukan kerajaan baharu.

“Keutamaan cadangan nama berdasarkan hiraki pemegang jawatan utama dalam parti, muka baharu, tokoh muda, profesional serta teknokrat. Tokoh dari BN dan sahabat BN dari Sabah dan Sarawak juga sudah disenaraikan.

“BN memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada perdana menteri untuk pelantikan yang dibuat dan untuk meletakkan mereka yang berpengalaman dari dalam atau luar parti di portfolio penting serta untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang benar-benar bersih, berintegriti dan amanah bagi menganggotai Kabinet,” katanya.

Katanya, beliau turut berharap dapat diberikan peluang kepada mereka yang menghadapi pertuduhan di mahkamah untuk membersihkan diri melalui proses perundangan dan tidak menggugurkan kes seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya bagi kes pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 bagi kes pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Sebelum ini, dalam ucapan khas, Muhyiddin berjanji akan melantik anggota jemaah menteri daripada kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mempersoalkan tindakan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Ketua Pesurujaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, yang meletakkan jawatan.

“Jika Peguam Negara terdahulu benar-benar telus, Ketua Pesuruhjaya SPRM juga telus, kenapa mereka perlu takut sehingga meletakkan jawatan. Mereka juga mengaku bahawa pelantikan mereka adalah pelantikan politik oleh Perdana Menteri terdahulu.

“Siasatan dan pertuduhan yang dikenakan sudah pasti mengikut telunjuk ‘political master’ mereka. Pertuduhan itu bermotifkan politik dan pertuduhan selektif serta tiada bukti serta saksi yang ‘credible’ sebagaimana yang terbukti ketika perbicaraan dijalankan.

“Siasatan dan semua pertuduhan dibuat untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti pemimpin UMNO dan mengharapkan UMNO akan hancur,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, Perikatan Nasional (PN) perlu mengelakkan rasa sudah cukup kuat dan selesa dalam situasi politik ketika ini.

“Dalam landskap politik baharu belum selamat dan jangan merasa kondusif (selesa). Kesemua parti dalam PN wajib bersatu hati, fikiran dan tindakan,” katanya. – BH Online

Tags: Ahmad Zahid Hamidikabinetperikatan nasional
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Senarai Kabinet Diumumkan Isnin Ini – Sumber

Next Post

10 Lagi Individu Positif COVID-19 Hari Ini

Related Posts

Ahmad Zahid Mohon Maaf, Akui Kekhilafan Kata

Ahmad Zahid Mohon Maaf, Akui Kekhilafan Kata

08/07/2025
0

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf susulan ungkapannya yang menggunakan perumpamaan malaikat dalam konteks tekanan dihadapinya...

‘Kehadiran Saya Di Sini Sementara’ – Rafizi Beri Bayangan Sedia Berundur?

‘Kehadiran Saya Di Sini Sementara’ – Rafizi Beri Bayangan Sedia Berundur?

19/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli sekali lagi memberi bayangan seolah-olah bersedia berundur daripada barisan Kabinet dan...

Next Post

10 Lagi Individu Positif COVID-19 Hari Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd