• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Lagi Individu Positif COVID-19 Hari Ini

oleh
07/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gelombang kedua wabak koronavirus baharu (COVID-19) terus menyaksikan peningkatan kes apabila 10 lagi individu dikesan positif, hari ini.

Kes baharu itu menjadikan keseluruhan kes jangkitan di negara ini sebanyak 93 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes itu adalah kontak rapat kepada kes ke-33, iaitu empat daripadanya generasi pertama kontak rapat manakala enam generasi kedua.

“Mereka dikesan melalui aktiviti pengesanan kontak dan sudah dimasukkan ke hospital bagi pengasingan dan rawatan selanjutnya.

“Hasil siasatan terhadap kontak rapat kepada kes ke-26 mendapati satu kluster jangkitan Covid-19 berkait dengan kes ke-33,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, sejumlah 132 kontak rapat dikenal pasti berkait dengan kes itu yang mana 18 daripada dikesan positif dan masih menerima rawatan serta dilaporkan stabil.

“Seramai 38 lagi kontak rapat negatif dan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah untuk tempoh 14 hari.

“Keputusan makmal bagi 76 lagi kontak rapat masih belum diperoleh, namun mereka dilaporkan sihat dan diletakkan di bawah perintah pengawasan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat bagi mengenal pasti punca jangkitan dan seterusnya mencegah penularan,” katanya.

Selain itu, katanya, kes ke-78 dilaporkan semalam mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia selama tujuh hari bermula 13 sehingga 19 Februari lalu.

Beliau berkata, sebanyak 67 kontak rapat sudah dikesan dan diambil sampel serta diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah.

Katanya, sehingga hari ini, 432 sampel kes sporadik dan kes tempatan yang mempunyai kontak dengan kes positif diuji namun setakat ini tiada sampel dikesan positif COVID-19. – BH Online

Tags: Covid-19KKMkoronavirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd