• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Arip ‘Dalang’ Langkah Sheraton – Syed Saddiq

oleh
05/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendedahkan Setiausaha Politik bekas Perdana Menteri, Muhammad Zahid Md Arip adalah dalang utama perjumpaan yang dihadiri ramai pemimpin parti politik di Hotel Sheraton, pada 23 Februari lalu.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau sendiri turut diminta menghadiri perjumpaan itu yang kononnya diarahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Nama Tun Mahathir dipetik supaya pimpinan Bersatu menghadiri perjumpaan di hotel berkenaan, namun beliau kemudiannya menegaskan tidak tahu mengenai perjumpaan itu.

“Pengkhianat sebenar kepada apa yang berlaku adalah Muhammad Zahid kerana dia memetik nama Tun banyak kali supaya Ahli Parlimen Bersatu menghadiri perjumpaan malam itu,” katanya ketika berucap pada Program Penerangan Bersatu Kedah di Sri Mentaloon di Alor Setar, malam tadi.

Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan berkata, sebelum itu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah beberapa kali mengadakan perjumpaan bersama Dr. Mahathir dan mengajak Bersatu dan parti itu bergabung.

Namun katanya, Dr. Mahathir tidak bersetuju menerima Umno secara keseluruhan dan hanya bersedia menerima pemimpin Umno secara individu.

“Mereka ini sudah mempunyai taktik sekiranya Tun Dr. Mahathir bersetuju bekerjasama, mereka pasti mengugut Bersatu kerana UMNO, MCA dan MIC memiliki 42 kerusi Parlimen.

“Lihatlah sekarang, Perak dan Johor sudah dikuasai UMNO, sebab itu kita tak boleh bekerjasama kerana kita ada maruah. Saya juga harap semua orang akan setia dengan Tun Dr. Mahathir kerana beliau yang menubuhkan parti ini,” katanya. – myMetro Online

Tags: BERSATUMahathir MohamadSyed SaddiqZahid Md Arip
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menyifatkan pemecatan beliau oleh Parti...

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd