• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga KKM Korban Ke-35 Covid-19

oleh
30/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pembantu tadbir Kementerian Kesihatan (KKM) menjadi korban ke-35, mangsa terbaharu wabak koronavirus Baharu (Covid-19) apabila meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Sungai Buloh, hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, berkata Saziah Mohd Said, 57, yang juga Pembantu Tadbir di Bahagian Sumber Manusia KKM, meninggal dunia pada 4 petang tadi.

“Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan buat KKM,” katanya Dr. Adham menerusi perkongsian dalam akuan Facebook, malam ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan malam ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan itu sebanyak 35 kes.

Beliau berkata, laporan kematian itu diberikan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) membabitkan wanita warga tempatan berusia 57 tahun.

Menurutnya, kes kematian ke-35 membabitkan kes ke-1952 yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

Katanya, wanita itu mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac dan kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur sebelum ke Hospital Sungai Buloh.

“Hasil ujian pengesahan Covid-19 telah didapati positif pada 18 Mac.

“Kesihatan beliau merosot hari demi hari, dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac (hari ini), 4 petang,” katanya menerusi hantarannya di Facebook, sebentar tadi.

Beliau mewakili warga Kementerian Kesihatan turut menzahirkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wanita itu. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMmeninggal dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd