Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

“Saya Tidak Tahu Penglibatan...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Harga RON97 Turun 5...

PUTRAJAYA- Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen seliter daripada RM4.80 kepada...

Faktor Kumulatif Beri Kesan...

KUALA LUMPUR - Ketidaktentuan ringgit merupakan kesan daripada faktor kumulatif termasuk jangkaan penormalan...

AirAsia Tambah Penerbangan Sempena...

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia akan meningkatkan kekerapan penerbangan dari...

Usah Serbu Balai Polis, Larangan Keluar Negeri Ditangguh

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menarik balik arahan untuk orang ramai mendapatkan surat perlepasan untuk keluar ke negeri lain sebentar tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, arahan itu dibuat selepas mendapati orang ramai berpusu-pusu untuk mengisi dokumen di balai polis di seluruh negara.

“Orang awam berpendapat bahawa mereka boleh melakukan perjalanan ke negeri lain jika mendapat kelulusan dari polis, maka berlaku kesesakan di balai dan perhentian bas.

“Sehubungan itu, kita menarik balik arahan itu dan orang ramai boleh melakukan perjalanan dengan selamat secara berhemah malam ini.

“Tiada sebarang sekatan akan dikenakan ke atas mereka sehingga satu keputusan baru bakal diumumkan selepas mesyuarat berhubung perkara ini esok,” katanya ketika dihubungi.


Sebelum ini, Abdul Hamid memaklumkan orang ramai perlu mendapatkan surat perlepasan sekiranya ada keperluan untuk bergerak ke negeri lain sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Orang ramai perlu ke balai polis dengan membawa dokumen sokongan bagi memaklumkan alasan munasabah seperti melawat ahli keluarga yang sakit, meninggal dunia atau lain-lain perkara atas budi bicara Ketua Polis Balai. – Sinar Harian

Kategori