• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ujian Vaksin Bermula, Harapan Masih Ada – WHO

oleh
19/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA – Ujian klinikal vaksin pertama novel koronavirus (Covid-19) telah bermula.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus seperti dilaporkan agensi berita Anadolu semalam berkata, ujian itu bermula 60 hari selepas virus itu dikongsi oleh China.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan lokasi ujian klinikal itu dijalankan.

Pegawai kesihatan mengatakan tempoh sekurang-kurangnya 12 hingga 18 bulan diperlukan sebelum vaksin itu dapat digunakan.

Tedros menyeru penyelidik di seluruh dunia berganding bahu untuk membuat penilaian terhadap eksperimen terapeutik.

Sehubungan itu, WHO dan rakannya menganjurkan satu kajian bersama dengan beberapa negara antaranya Argentina, Bahrain, Kanada, Perancis, Iran, Norway, Afrika Selatan, Sepanyol, Switzerland dan Thailand.

“Kami tahu banyak negara kini terjejas dengan wabak Covid-19 dan sedang bergelut untuk mengekang penularan virus itu. Harapan masih ada,” kata Tedros.

Pelbagai langkah pencegahan boleh diambil oleh setiap negara seperti membatalkan acara sukan, konsert dan perhimpunan berskala besar untuk membantu membendung penularan wabak.

Menurutnya, langkah itu boleh membantu mengurangkan beban sistem kesihatan dan mengatasi epidemik, membolehkan tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada langkah-langkah pencegahan.

“Untuk benar-benar membasmi dan mengawal wabak, semua negara mesti mengambil langkah mengasingkan, menguji, merawat dan mengesan,” kata Tedros.

“Jika tidak, rantaian penyebaran akan meningkat semula apabila langkah kawalan pergerakan ditarik balik.”

Atas faktor itu, katanya WHO terus mengesyorkan langkah mengasingkan, menguji dan merawat setiap kes yang disyaki dan mengesan setiap kontak, kunci terpenting dalam langkah pencegahan yang diambil setiap negara.

“Ia adalah harapan terbaik untuk menghalang rantaian penularan antara komuniti yang lebih meluas,” kata Tedros.

Tags: Covid-19novel koronavirusujian vaksinwho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

19/07/2025
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan penolakan terhadap pindaan peraturan kesihatan antarabangsa yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd