• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ujian Saringan COVID-19 Jangan Sampai Membebankan

oleh
23/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pusat Perubatan dan klinik swasta diingatkan untuk tidak mengenakan harga yang tinggi kepada pesakit yang datang untuk menjalani saringan COVID-19 di premis masing-masing.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan setakat ini tidak mengawal kos saringan di sektor perubatan swasta kerana beliau difahamkan kos untuk saringan COVID-19 di hospital kerajaan bernilai RM700 setiap seorang, yang ditanggung kerajaan.

“Kalau swasta mereka terpaksa menentukan kadar yang berpatutan. Saya kira kalau RM500 atau RM600 kalau ikut kadar pasaran ia berpatutan.

“Jangan ada sampai RM1,000 atau lebih daripada itu. Itu membebankan. Saya yakin pihak hospital pun ada juga tanggungjawab sosial untuk membantu supaya dalam keadaan darurat dan kesulitan yang kita hadapi.

“Mereka tidaklah menambah beban dengan mengenakan kos yang terlalu tinggi,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Tindakan Ekonomi di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Muhyiddin berkata, warga asing di negara ini diminta melakukan saringan COVID-19 bagi mengetahui tahap kesihatan mereka.

Katanya, walaupun warga asing tetap dikenakan caj jika menjalani ujian saringan di hospital kerajaan, apa yang penting adalah soal keselamatan mereka dan warga Malaysia selain menghindarkan mereka daripada bahaya penyakit itu.

“Walaupun mereka pekerja asing terutama yang diambil majikan, saya minta majikan memberi nasihat kepada mereka, terutama tinggal di mana-mana tempat tinggal yang disediakan majikan.

“Mereka harus pergi untuk dapatkan rawatan jika perlu dan kalau tidak tinggal lah di kediaman masing-masing sampai Perintah Kawalan Pergerakan ini ditamatkan. Itu yang penting,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19hospital swastaklinik swastaujian saringan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd