• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ubat HIV, Malaria Didakwa Mampu Sembuhkan Covid-19

oleh
17/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CANBERRA – Penyelidik di Australia mendakwa dua ubat sedia ada yang digunakan untuk mengubati HIV dan malaria boleh digunakan untuk menangani koronavirus (Covid-19).

Menurut laporan Daily Mail, pasukan pakar penyakit berjangkit di Universiti Queensland di Brisbane berpendapat, Chloroquine, dadah antimalaria dan kombinasi lopinavir/ritonavir yang menghalang HIV menunjukkan hasil memberangsangkan dalam ujian ke atas manusia selain mampu menghilangkan jangkitan pada pesakit yang dijangkiti.

Dadah itu sedang diuji dan penyelidik serta doktor di seluruh dunia kini sedang bertungkus-lumus membangunkan vaksin, penawar atau rawatan untuk Covid-19.

Penyelidik, Profesor David Paterson, berharap untuk menguji lebih ramai individu dalam ujian farmaseutikal yang lebih besar menjelang akhir bulan ini.

“Apabila ubat lopinavir/ritonavir HIV diberi kepada individu yang dijangkiti koronavirus di Australia, jangkitan itu hilang. Ia berpotensi untuk menjadi rawatan yang berkesan.

“Apa yang kita mahu lakukan pada masa ini adalah percubaan klinikal yang besar di seluruh Australia, mungkin melibatkan 50 buah hospital. Kami ingin bandingkan satu ubat dengan ubat lain dan gabungan kedua-dua dadah itu,” katanya kepada news.com.au. – Agensi

Tags: Covid-19HIVkoronavirusmalaria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd