• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tingkat Disiplin Diri, Patuhi Jarak Sosial

oleh
23/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki hari keenam hari ini, orang ramai bukan sahaja perlu mematuhi nasihat untuk ‘duduk di rumah’, tetapi juga aspek jarakan sosial terutamanya ketika berada di tempat terbuka seperti pasar awam dan pasar raya bagi mengekang wabak koronavirus (Covid-19).

Berbaki lapan hari lagi tempoh kuarantin yang ditetapkan, rakyat Malaysia perlu lebih serius mendisiplinkan diri serta mematuhi setiap arahan agar membantu kerajaan menghentikan atau memutuskan sama sekali rantaian jangkitan Covid-19 daripada berpanjangan.

Meskipun Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati kadar pematuhan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan itu adalah 90 peratus, namun baki 10 peratus itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan jumlah yang besar jika diambil kira 31 juta penduduk di negara ini.

Justeru, pelbagai usaha telah diambil termasuk menempatkan seramai 7,500 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara setiap hari mulai semalam bagi membantu PDRM memantau orang ramai agar mengehadkan pergerakan masing-masing.

Selain itu juga, keadaan trafik dijangka terus terkawal terutamanya di bandar-bandar utama di seluruh negara dengan adanya penguatkuasaan seperti polis, tentera, Rela dan pihak berkuasa tempatan digerakkan bagi memantau keadaan pematuhan orang ramai.

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan Titah Diraja menasihati rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan menerusi media sosial dengan memegang plakad kuning yang memaparkan tulisan #StayHome dan #DudukRumah bagi menyampaikan mesej berkenaan.

Kapsyen yang mengiringi gambar itu menyebut: “Kita akan melalui cabaran ini bersama sebagai rakyat Malaysia, sebagai satu negara. Marilah kita menjalankan tanggungjawab dengan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan untuk memastikan kita semua selamat.

“Sila duduk di rumah dan mainkan peranan masing-masing bagi membendung jangkitan wabak ini. Inilah masanya bagi kita untuk kekal kukuh dan tabah,” menerusi catatan di laman Instagram rasmi Istana Negara (@istana_negara), semalam.

Ketika penularan jangkitan Covid-19 menjadi kebimbangan orang ramai, satu perkara yang perlu diberikan perhatian adalah berkenaan penutup hidung dan mulut.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, isu harga silingnya yang kini RM2 sekeping akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,

Sementara itu sebanyak 10 juta penutup mulut dan hidung yang akan dibawa masuk dari China adalah dibiayai oleh kerajaan dan ia akan diagihkan mengikut keutamaan iaitu kepada petugas barisan hadapan dan selebihnya diagihkan di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi.

Tags: Covid-19koronavirusperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd