• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung COVID-19 Dilancar, Bantu Pihak Terjejas

oleh
11/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Prihatin dengan individu yang terjejas dengan jangkitan COVID-19, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan tabung khas bagi memberi bantuan kewangan kepada pihak yang memerlukan.

Muhyiddin berkata untuk permulaan, bantuan ihsan sebanyak RM1juta disalurkan ke dalam tabung tersebut bagi membantu pesakit yang tidak mempunyai pekerjaan dan terganggu kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin 14 hari sebelum pulih.

“Kita tidak mahu kehidupan mereka ini terjejas. Jadi ini antara bentuk bantuan ihsan yang kita sampaikan.

“Kalau kita dapat kumpul dana daripada rakyat jelata, apa sahaja kita kumpulkan, akan kita kembalikan kepada mereka yang berhak,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet kerajaan PN di Perdana Putra hari ini.

Bagi menzahirkan keprihatinan mereka. barisan Jemaah Menteri yang menghadiri mesyuarat itu menyumbang ke dalam tabung yang diedarkan pada majlis pelancaran Tabung COVID-19 selepas sidang media berkenaan.  

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba pada satu majlis di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Nilai berkata melalui tabung itu, wang ihsan sebanyak RM100 sehari akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang menjalani tempoh kuarantin.  

Kutipan tabung COVID-19 yang diuruskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dilancar bagi membantu mereka yang terkesan dengan jangkitan virus itu, iaitu mereka yang menjalani pemantauan di rumah selama 14 hari atau rawatan di hospital ekoran positif COVID-19.

Jumlah kes COVID-19 di Malaysia kekal 129 kes setakat tengah hari ini.

Tags: Covid-19perikatan nasionaltabung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

19/05/2026
0

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki segera memohon...

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd