• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Terhadap Tian Chua Cermin Budaya Gengster PKR

oleh
01/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyifatkan serangan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua semata-mata kerana perbezaan pandangan dan pendapat mencerminkan bagaimana parti itu telah diseludupi budaya gengsterisme dan keganasan.

Mohamed Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR berkata, semua pihak seharusnya menolak budaya gengsterisme dan keganasan dalam politik, sebaliknya perlu berusaha menyuburkan semangat berdebat secara rasional serta berunding untuk menyelesaikan masalah.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan terhadap Tian Chua di hadapan Ibu Pejabat PKR hari ini…beliau merupakan seorang aktivis sosial yang dihormati dan pengasas Keadilan yang berjasa dalam perjuangan parti itu sejak ia ditubuhkan.

“Gejala (gengsterisme) ini menjadi bukti bagaimana parti yang didirikan dengan tujuan murni untuk membela nasib rakyat telah ‘dihijack’ oleh orang yang bertopeng reformasi dan menjadikan agenda mendewakan diktator sebagai teras perjuangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Azmin berkata, pimpinan tertinggi PKR kelihatan alpa terhadap budaya samseng itu dan menyimpang jauh daripada reformasi membela rakyat, sedangkan sebuah parti politik yang berlandaskan perjuangan keadilan dan demokrasi seharusnya menggunakan wacana rasional dan perdebatan yang berasaskan kepada fakta.

“Apabila sesebuah parti itu telah dirasuk oleh unsur gengsterisme dan pimpinan membiarkannya terus berleluasa, ini bermakna parti itu berada di ambang kehancuran,” katanya.

Tags: gengsterMohamed Azmin AliPKRTian Chua
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terima Pelantikan Muhyiddin Tanpa Prejudis – Abdul Hadi

Next Post

Abang Johari Jumpa Muhyiddin

Related Posts

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Cabang Hulu Selangor Tawar Enam Calon

Cabang Hulu Selangor Tawar Enam Calon

16/05/2025
0

KITA CABANG HULU SELANGOR DENGAN RENDAH DIRI MENAWARKAN 6 ORANG CALON BERWIBAWA UNTUK PEMILIHAN KEADILAN 2025–2028 CALON PIMPINAN PUSAT Dr....

Next Post

Abang Johari Jumpa Muhyiddin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd