Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Pingat Badminton Bukan Di...

KUALA LUMPUR - Sandaran pingat bagi sukan badminton di Rio de Janeiro tidak...

Harimau Malaya Positif COVID-19

NEW YORK - Seekor harimau Malaya di Zoo Bronx, di sini disahkan positif...

Guna Perisian Cetak Rompak...

SUNGAI PETANI - Sebuah lagi premis perniagaan yang menggunakan perisian cetak rompak di...

‘Mary Jane’, ‘Cik Putih’...

KUALA LUMPUR - 'Mary Jane', 'Cik Putih', 'butterfly' ini adalah antara nama jalanan...

Satu Majlis PN Perlu Segera Diwujudkan – Penganalisis

KUALA LUMPUR – Satu platform atau majlis bagi menyelaras data dan perancangan setiap parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan perlu diwujudkan segera bagi menyediakan ruang ke arah kerjasama yang lebih harmoni.

Penganalisis sosiopolitik dari Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berkata berbeza dengan mesyuarat Kabinet di mana dasar negara dibincang, majlis ini pula dilihat penting dalam soal menentukan hala tuju politik, terutama mengambil kira parti yang membentuk kerajaan ini masih ‘baharu’  sebagai satu gabungan. 

Ia juga akan menjadi platform dalam menetapkan hala tuju yang ‘satu’, yang juga kini menjadi perhatian pihak lawan dan rakyat, katanya. 

“Uniknya kerajaan kali ini walaupun tidak mempunyai manifesto, setiap parti seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN), PAS, malah mereka yang dari PKR sebelum ini, ada manifesto masing-masing dan sekarang mereka membentuk satu kerajaan baharu.

“Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah duduk bersama dalam satu platform atau majlis, satukan manifesto mereka ini kepada kluster dan cari jalan tengah, cari apa yang boleh mereka sampaikan kepada rakyat,” katanya kepada Bernama.

Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah gabungan kerjasama antara Bersatu, BN, PAS dan beberapa bekas ahli PKR yang membentuk Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). 


“Di sini akan menjadi tempat di mana setiap pertikaian parti mengenai sesuatu isu dapat dibincangkan dan kemudiannya diangkat ke peringkat kerajaan. Saya kira untuk pastikan pentadbiran lebih cekap di peringkat parti dan dasar negara di peringkat kementerian, mereka perlu tubuhkan satu majlis,” katanya.

Turut bersetuju dengan idea berkenaan ialah Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik, Dasar dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib, namun berpendapat platform ini tidak perlu meniru format Majlis Presiden PH.

“Cukup sekadar wujudkan jawatan Pengerusi PN dan berikan kepada Perdana Menteri, wujudkan juga jawatan Ketua Setiausaha PN dan Ketua Bendahari PN. Lain-lain terdiri daripada Pengerusi BN, Pengerusi GPS dan Presiden PAS menjadi Ahli Majlis Tertinggi PN.

“Beri Pengerusi PN iaitu Perdana Menteri kuasa pemutus,” katanya.

Kategori