Monday, October 7, 2024

Creating liberating content

Rujuk Doktor, Usah Terlalu...

KANGAR - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menasihatkan rakyat supaya tidak...

Netizen Puji Sikap Guru...

"Dia dah dapat result, so kena raikan tak kira lah berapa result dia,"...

Alif Akui Rezeki Hadir...

MULA tempa nama dalam industri hiburan negara 10 tahun lalu ketika menyertai program...

2 Wanita Didakwa Bunuh...

SEPANG - Dua wanita asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

RM5.68 Juta Diagih Kepada Golongan Miskin

SEJUMLAH RM5.68 juta atau 70 peratus dana Tabung Sumbangan Covid-19 akan diagihkan segera kepada rakyat khususnya golongan miskin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, golongan berkenaan diutamakan dibantu berikutan lebih terkesan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Beliau berkata, jumlah terkini kutipan dana Tabung Sumbangan Covid-19 adalah RM8.129 juta.

“Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga akan dipertanggungjawabkan dengan pengagihan bekalan makanan kepada rakyat termiskin dan mereka yang memenuhi syarat.

“Ini akan diumumkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya, hari ini. – myMetro Online

Kategori