Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pra Himpunan #KitaLawan, Provokasi...

Kira kira setengah jam sebelum bemulanya perhimpunan #kitalawan, senario di perkarangan pusat membeli...

Mayat Lelaki Cedera Di...

KUALA TERENGGANU - Mayat lelaki dalam keadaan tertiarap dengan kesan dipukul di kepala...

Barisan Nasional Pilihan Terbaik...

KUALA LUMPUR – Selepas mengharungi tempoh kempen yang singkat serta agak sengit, sebanyak...

Boy Iman ‘Cuak’ Kena...

TULAR menerusi media sosial sejak semalam apabila seorang bekas pelakon era 1990-an 'diserang'...

Repatriasi: Singapura Zahir Penghargaan Kepada Malaysia

SINGAPURA –  Kerajaan Singapura hari ini menzahirkan penghargaan kepada Malaysia dan Kedutaan Malaysia di Tehran kerana menerima permohonannya untuk membantu repatriasi warga Singapura dari Iran, menurut Kementerian Luar republik itu.

Jurucakap kementerian itu berkata lapan warganegara Singapura selamat tiba di Kuala Lumpur dari Tehran selepas menaiki penerbangan repatriasi yang diatur oleh kerajaan Malaysia untuk rakyatnya.

“Rakyat Singapura akan menjalani proses kuarantin selama 14 hari di Kuala Lumpur, seperti yang dikehendaki pihak berkuasa kesihatan Malaysia sebelum pulang ke Singapura,” menurut jurucakap itu dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara Malaysia, pesawat khas misi itu yang berlepas dari Tehran selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.35 pagi membawa 46 rakyat Malaysia, lapan warganegara Singapura dan seorang rakyat Indonesia.

Sementara itu, Menteri Luar Dr. Vivian Balakrishnan melalui laman Facebooknya turut mengucapkan penghargaan kepada Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Tehran “kerana telah menjalankan tanggungjawab di luar tugas demi menerbangkan lapan warganegara Singapura di Iran ke Kuala Lumpur.

“Kerjasama antarabangsa dan hubungan dua hala ini tidak pernah menjadi lebih penting daripada keadaan yang tidak menentu sekarang. Kami sangat menghargai bantuan negara jiran kami atas bantuan mereka,” catat beliau.

Kategori