Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

35 Warga Asing Ditahan...

BUKIT MERTAJAM - Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIPP) menahan 35 warga asing termasuk...

MRT Singapura: 6 Rakyat...

PUTRAJAYA – Enam rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan tren di stesen Transit Aliran...

Rapid Pengerang: Hanya Saluran...

KOTA TINGGI - Letupan dan kebakaran yang berlaku di satu lot tapak projek...

Bantulah Ibu Ini Untuk...

Jika anda masih ingat, pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah pernah mempersoalkan mengenai kes...

PKP Fasa Kedua Lebih Tegas, Ketat

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua yang dilaksanakan mulai esok akan menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu yang mana peraturan akan diperketatkan dengan tindakan yang lebih tegas.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKP fasa kedua tidak sama seperti fasa satu yang mana ada banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat.

“Hari ini kita adakan mesyuarat dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri seluruh negeri yang mana kita maklumkan mengenai pelaksanaan PKP fasa kedua supaya SOP baharu ini turut sama diikuti di negeri-negeri.

“Melalui SOP baharu itu juga peranan polis, tentera dan pihak berkuasa yang lain dipertingkatkan dan tindakan lebih tegas diambil ke atas rakyat sepanjang PKP ini di laksanakan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, semalam seramai 742 individu ditahan di sekatan jalan raya dan rondaan yang dilakukan polis dan tentera serta pihak berkuasa lain.


Katanya, jumlah tangkapan menurun berbanding 828 orang pada hari sebelumnya dan beliau berharap aliran itu akan berterusan.

“Berdasarkan laporan diperoleh kita harap aliran jumlah tangkapan ini akan berterusan dan memberi gambaran bahawa rakyat semakin sedar mengenai pematuhan setiap arahan yang ditetapkan kerajaan sepanjang pelaksanaan PKP.”

Sementara itu, sebanyak 1,547 sekatan jalan raya dilaksanakan semalam membabitkan pemeriksaan 383,488 kenderaan dan sebanyak 22,586 pemeriksaan mengejut. – BH Online

Kategori