• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKP Covid-19: 2 Lelaki Dipenjara 2 Bulan

oleh
23/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lelaki menjadi individu pertama dihukum penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang pegawai polis yang menjalankan tugas membuat pencegahan penyakit berjangkit COVID-19 susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan selama 14 hari mulai 18 Mac lalu.

S.Sugendran, 31, pembantu kedai dan pengawal keselamatan M.Annblagan, 37, masing-masing dihukum penjara dua bulan oleh Majistret M.Saravanan selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Mahkamah memerintah kedua-dua lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Mereka didakwa bersama-sama menggunakan kekerasan jenayah dengan berlakunya pergelutan dan melawan Inspektor Nik Faidrul Nik Fauzi, iaitu seorang pegawai polis dalam melaksanakan kewajipan rasminya sebagai penjawat awam, semasa tangkapan polis dijalankan.

Kedua-dua lelaki itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di persimpangan lampu isyarat, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam di sini pada 5 petang, 19 Mac lalu mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pegawai polis berkenaan menjalankan tugas pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit COVID-19 di kawasan pentadbiran Balai Polis Pantai dan didapati sebuah motosikal dinaiki oleh dua lelaki (tertuduh) dalam keadaan mencurigakan.

Pegawai polis itu mengarahkan penunggang memberhentikan motosikal untuk diperiksa namun penunggang motosikal tersebut enggan berhenti dan memecut laju serta melarikan diri.

Pegawai polis itu kemudiannya mengejar motosikal tersebut dan berlaku pergelutan semasa tangkapan dilakukan ke atas kedua-dua tertuduh.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Illya Syaheedah Mohd Razif memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana mereka melakukan kesalahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam masing-masing merayu hukuman ringan atas alasan mereka menanggung keluarga dan isteri.

Di mahkamah sama, Sugendran didenda RM2,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu manakala Annblagan dihukum penjara tiga minggu selepas masing-masing mengaku bersalah gagal mengemukakan kad pengenalan diri semasa pemeriksaan polis itu.

Mahkamah memerintahkan Annblagan menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Mereka didakwa gagal mengemukakan kad pengenalan diri semasa pemeriksaan anggota polis pada tarikh, tempat, dan masa sama mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd