• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perintah Kawalan Pergerakan, Ramai Pilih Balik Kampung

oleh
18/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menjelang tengah malam Rabu, saat bermulanya penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia, beberapa lokasi iaitu stesen pengangkutan awam dan balai-balai polis menjadi tumpuan orang ramai yang mahu bergerak pulang ke kampung halaman.

Tindakan mereka yang berpusu-pusu menyerbu balai-balai polis dan stesen pengangkutan awam seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sehingga menimbulkan kesesakan untuk mendapatkan borang rentas negeri bagi membolehkan mereka bergerak keluar sebelum perintah itu dikuatkuasakan mulai esok hingga 31 Mac.

Diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin, Perintah Kawalan Pergerakan yang dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967, antara lain bertujuan mengehadkan pergerakan orang ramai bagi menyekat penularan COVID-19.

Namun, kesesakan yang berlaku dan ramai orang berada di tempat awam pada satu-satu masa itu berkemungkinan boleh meningkatkan lagi jumlah kes penularan COVID-19.

Melihat kepada visual yang tular di media sosial sejak lewat petang tadi, seakan-akan orang ramai masih mengambil mudah aspek keselamatan terutamanya penjarakan sosial yang mesti dilakukan bagi mengelakkan jangkitan virus itu.

“Mana kesedaran dan tanggungjawab anda?” Itu adalah persoalan utama yang berlegar di fikiran apabila wartawan Bernama melakukan tinjauan di TBS dan beberapa balai polis di sekitar Kuala Lumpur malam ini. 

Tiada jarak selamat malah rata-rata pengunjung di kedua-dua lokasi ‘panas’ itu berada dalam suasana seolah-olah musim perayaan apabila orang ramai bertumpu di stesen bas untuk pulang beraya.

Ketika ditanya alasan mereka berada di TBS, rata-ratanya yang kebanyakan penuntut institusi pengajian tinggi memberi jawapan bahawa mereka tiada pilihan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari itu. 

Bagi seorang penuntut UiTM Puncak Alam, yang hanya mahu dikenali sebagai Nabila, 20, berkata dia terpaksa pulang ke kampung berikutan penutupan kolej dan tiada kemudahan tempat tinggal dan makan. 

Beliau, yang mencuba nasib membeli tiket untuk pulang ke Pulau Pinang, berkata walaupun sedar dengan risiko yang dihadapi, beliau tiada keluarga di Kuala Lumpur untuk tinggal sementara waktu. 

“Saya akan pakai penutup hidung dan mulut serta guna cecair pembasmi kuman sepanjang perjalanan,” katanya. 

Seorang pembantu hospital, yang enggan dikenali, berkata beliau sekeluarga terpaksa balik kampung malam ini kerana ibunya sakit dan mematuhi arahan untuk mengisi borang rentas negeri di balai polis. 

“Kami memang kena balik malam ini, sebab itu kami datang ke balai polis untuk mendapatkan kebenaran,” katanya yang mahu pulang ke kampung di Perak. 

Bagaimanapun menjelang tengah malam ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menangguhkan sementara arahan pengisian borang permit rentas negeri berikutan kesesakan di balai-balai polis di seluruh negara sejak pengumuman mengenainya dikeluarkan, petang tadi.

Hasri Tahir, 40, berkata beliau sekeluarga terpaksa mencuba nasib untuk pulang ke Sabah menaiki kapal terbang bagi penerbangan yang dijadualkan awal pagi ini berikutan tiket telah dibeli dua bulan lepas. 

“Jika ditahan di lapangan terbang, kami tidak boleh buat apa-apa, terpaksa balik ke rumah di sini sahajalah. Kalau dapat balik lebih bagus,” katanya yang tinggal di Sungai Besi.

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd