• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perintah Kawalan Pergerakan: Majoriti Akur, Segelintir Masih Degil

oleh
18/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa mulai hari ini dalam usaha kerajaan menangani penularan COVID-19, menyaksikan majoriti rakyat akur dengan perintah itu, namun ada yang masih ‘degil’ atau ‘sengaja’ tidak memahami arahan pelaksanaannya.

Tinjauan Bernama di seluruh negara, mendapati trafik di kebanyakan jalan utama, terutama di ibu negara dan ibu-ibu negeri yang selalunya sesak pada sebelah pagi hari bekerja bergerak lancar susulan ramai yang mula bekerja dari rumah.

Malah, pasar raya dan gedung beli belah seluruh negara dilaporkan lengang tidak dikunjungi pengunjung seperti sedia kala, menunjukkan ramai yang akur dengan perintah kerajaan.

Paling ketara lokasi tumpuan pelancong seperti Pantai Batu Buruk, Pasar Payang dan ‘Drawbridge’ di Terengganu; Teluk Cempedak dan Taman Gelora di Pahang; Masjid Zahir, Menara Alor Setar dan Kompleks Pekan Rabu di Kedah; serta Bandar Hilir dan Jonker Street di Melaka turut dilihat lengang, walaupun kini musim cuti persekolahan.

Keadaan juga tidak sibuk seperti biasa di pintu-pintu keluar masuk negara, seperti di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Tambak Johor selepas perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara disekat sepenuhnya, begitu juga kemasukan warga asing ke dalam negara. 

Rata-rata negeri seluruh negara turut menyaksikan rondaan polis bagi memastikan arahan yang diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Isnin lepas, difahami dan diikuti masyarakat. 

Perintah berkuat kuasa selama 14 hari berkenaan antara lain melibatkan penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara, selain penutupan semua rumah ibadat dan premis perniagaan kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Tinjauan turut mendapati majoriti perniagaan yang tidak menjual barangan penting, menutup premis masing-masing seperti diarahkan dan hanya premis menjual keperluan harian dan menjual makanan beroperasi seperti biasa namun dengan memastikan larangan ‘makan di dalam premis’ dipatuhi pelanggan. 

Malah, berdasarkan tinjauan, ada premis makanan umpamanya di Putrajaya yang dilihat mengambil langkah ‘ekstra’ dengan menampal peringatan dan arahan bahawa urusan jual beli hanya membabitkan jualan secara bungkus dan makan di kedai tidak dibenarkan. 

Bagaimanapun apa yang dikesalkan ialah dalam langkah kerajaan mengawal pergerakan orang ramai dan mengelak mereka ‘berkumpul’ di satu-satu kawasan ini, masih ada yang tidak endah dan dengan ‘selamba’ menjamu selera di premis makanan. Ini dilaporkan berlaku di hampir setiap negeri.

Malah di kawasan Sri Rampai, di sini, masih ramai dilihat bersesak membeli-belah seperti biasa di pasar tani, manakala di kawasan perumahan flat di Ukay Perdana, Ampang dan Pantai Dalam, di sini pula penduduk terus ‘melepak’ di premis makanan meskipun diarahkan bersurai oleh polis yang membuat rondaan.

Di Terminal Bersatu Selatan (TBS), di sini pula, meskipun orang ramai tidak dibenarkan duduk makan di mana-mana restoran di situ, namun mereka tetap memenuhi ruangan meja makan di terminal itu dan makan makanan yang dibungkus dari premis makanan secara terbuka.

Perkara sama turut dilihat di Kelantan, di mana tinjauan Bernama di bandar Tanah Merah mendapati rata-rata pelanggan masih menjamu selera di dalam kedai, manakala pasar borong beroperasi seperti biasa dengan peniaga dan pengunjung majoritinya tidak menggunakan penutup hidung dan mulut.

Begitu juga di Kuching, walaupun sebahagian besar penduduk di bandar raya itu dilihat mematuhi pelaksanaannya, tinjauan Bernama mendapati masih ada segelintir pengusaha kedai makanan membenarkan pelanggan mereka menjamu selera di dalam premis.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi berkata jika peniaga terus berdegil, mereka boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 24(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, di Pulau Pinang, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Shahabudin Abdul Manan ketika dihubungi berkata pegawai dan anggota polis menjalankan tugas seperti biasa termasuk membuat rondaan di kawasan pelancongan bagi memastikan orang ramai tidak mengunjunginya.

“Jika ada orang ramai mengunjungi kawasan pelancongan atau tempat tumpuan, polis akan menasihatkan mereka untuk beredar dan jika ingkar kami akan ambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd