• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perikatan Nasional Melaka Menghadap TYT Kali Kedua

oleh
06/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AYER KEROH – Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob, hari ini bersetuju menerima kunjungan kali kedua semua 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Perikatan Nasional (PN).

Kunjungan itu berlangsung di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di Kompleks Seri Negeri, di sini, sebentar tadi.

Kunjungan diketuai Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Sumber memberitahu, kunjungan berkenaan adalah untuk mendapatkan kepastian mengenai cadangan nama calon Ketua Menteri Melaka yang baharu seperti dipersembahkan semalam.

Semalam kumpulan berkenaan mengadakan pertemuan dengan Mohd Khalil bagi mempersembahkan akuan bersumpah (SD) baharu untuk dipersetujui.

Pertemuan yang diatur saat akhir itu, susulan keputusan PN yang dianggotai 13 ADUN BN dan masing-masing seorang ADUN PKR serta DAP membatalkan kerjasama dengan dua ADUN dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Melaka.

Ia membabitkan ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad.

Ab Rauf dilaporkan berkata, tindakan ke atas kedua-dua ADUN berkenaan adalah kerana mengetepikan peranan 13 ADUN BN dalam usaha membentuk kerajaan negeri yang baharu. – BH Online

Tags: Ketua Menteri Melakaperikatan nasionalTun Mohd Khalil Yaakob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Tetap Guna Logo PN, Bersatu Pengasas PN – Ahmad Faizal

Bersatu Tetap Guna Logo PN, Bersatu Pengasas PN – Ahmad Faizal

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan parti itu akan tetap menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan...

Bersatu Dakwa Pengerusi PN Desak Majlis Tertinggi Terima Penyertaan Parti Cinta Malaysia

Bersatu Dakwa Pengerusi PN Desak Majlis Tertinggi Terima Penyertaan Parti Cinta Malaysia

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kesal dengan tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd