• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Parti Perlu Berlapang Dada – Zahid

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penyokong parti perlu berlapang dada menerima keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pelantikan mana-mana Ahli Parlimen sebagai anggota jemaah menteri, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, Perdana Menteri tentunya telah mengambil kira semua aspek sebelum memutuskan memilih wakil rakyat berkenaan untuk dipersembahkan bagi diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai anggota Kabinet.

“Kita harap penyokong di bawah walaupun mendoakan dan mengharapkan ahli Parlimen mereka menjadi menteri atau timbalan menteri berlapang dada dan berhati terbuka menerima keputusan perdana menteri,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Seri Perdana di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk serta beberapa ahli Parlimen lain termasuk dari Sabah dan Sarawak mengadakan pertemuan kira-kira satu jam setengah bersama Muhyiddin di kediaman rasmi Perdana Menteri itu.

Ahmad Zahid berkata, langkah Muhyiddin memanggil semua ahli Parlimen untuk diberikan penerangan sebelum senarai anggota Kabinet diumumkan merupakan satu pendekatan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Mengenai janjinya untuk tidak dipilih menjadi sebahagian daripada ahli jemaah menteri, Ahmad Zahid berkata, keputusannya itu adalah muktamad.

“…dan saya tidak berhasrat untuk menarik atau mengubah keputusan itu kerana keputusan saya itu adalah muktamad,” katanya.

Tags: Ahli ParlimenAhmad Zahid Hamidimenteri kabinetUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd