• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Sokong Pelantikan Idrus Harun

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS mengalu-alukan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara yang baharu.

Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob menyifatkan pelantikan itu sebagai tepat kerana Idrus adalah seorang yang berpengalaman dalam bidang kehakiman.

“Saya berasakan beliau berpengalaman dan memang sepatutnya Peguam Negara adalah orang yang banyak maklumat dan pengalaman.

“Beliau dapat melihat mana (kes) yang boleh dibawa ke peringkat seterusnya atau tidak. Saya sokong dan harapan kita, beliau dapat melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelepasan Program Riadah Berbasikal Penjawat Awam, di sini hari ini.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Idrus bagi tempoh dua tahun, menggantikan Tan Sri Tommy Thomas yang melepaskan jawatan pada 28 Februari lalu.

Pelantikan Idrus dibuat selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan dipersetujui Yang di-Pertuan Agong. – BH Online

Tags: idrus harunPASPeguam Negara
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd