• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Awam Masih Ingkar, Beri Alasan Tak Munasabah

oleh
19/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masih ramai orang awam yang ingkar dan mengambil mudah Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa mulai semalam sehingga 31 Mac, termasuk keluar bersiar-siar di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata hasil sekatan jalan raya yang dijalankan pihaknya mendapati rata-rata mereka memberi alasan tidak munasabah.

“Arahan kerajaan ini ialah untuk membendung penularan Covid-19, namun mereka tidak ambil berat, bersikap sambil lewa dengan menyatakan hanya keluar bersiar-siar, mahu membeli makanan seolah-olah ia tidak boleh didapati di kawasan mereka, mahu menghantar barang dan pelbagai alasan lain yang tidak munasabah.

“Kami bukan hendak menghukum tapi lebih kepada memberi peringatan kepada orang ramai bahawa perintah berkenaan sudah dikuatkuasakan dan tolong prihatin mengenai perkara ini,” katanya ketika ditemui Bernama, malam tadi.

Tinjauan Bernama mendapati pertambahan jumlah kenderaan keluar masuk ke ibu kota kira-kira 11 malam tadi.

Dalam pada itu, sekatan jalan raya turut dilakukan di kawasan Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata sekatan jalan raya itu akan diadakan berterusan sepanjang tempoh perintah kawalan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata pihaknya menyampaikan hebahan kepada penduduk dengan menggunakan pembesar suara di masjid-masjid sekitar Cheras supaya berada di rumah dan tidak keluar tanpa sebarang urusan penting.

“Rondaan anggota Unit Kereta Peronda juga dilakukan untuk memberi nasihat kepada orang ramai supaya tidak berada di luar kawasan kediaman mereka,” katanya.

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd