• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Jumpa Ahli Parlimen PN, GPS Petang Ini

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Satu perjumpaan antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka diadakan di Kompleks Seri Perdana di sini, jam 3 petang ini.

Sumber PN yang dihubungi mengesahkan perjumpaan itu, dengan pembentukan Kabinet menjadi agenda utama perbincangan.

“Ya, hal berkaitan pembentukan Kabinet PM (Perdana Menteri),” katanya kepada BH tanpa memperincikan lebih lanjut.

Mesej jemputan majlis di Dewan Banquet, Seri Perdana itu dikatakan diedarkan pejabat Perdana Menteri kepada semua Ahli Parlimen terbabit sejak semalam.

BH turut difahamkan, Muhyiddin dijangka menjelaskan keputusannya memilih beberapa individu bukan dari kalangan Ahli Parlimen bagi mengukuhkan barisan Kabinet.

Malah, beberapa sumber pemimpin PN berkata, Muhyiddin turut menyenaraikan kembali beberapa bekas menteri era pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Difahamkan, Perdana Menteri juga dijangka memegang satu portfolio menteri.

Hampir semua Ahli Parlimen membabitkan Barisan Nasional (BN), PAS, BERSATU, GPS dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) bakal menghadiri pertemuan itu, manakala yang tidak dapat hadir sudah memberi sebab masing-masing.

Pertemuan itu diadakan sebelum pengumuman rasmi senarai Kabinet oleh Muhyiddin di Pejabat Perdana Menteri, jam 5 petang ini.

Pada jam 11 pagi tadi Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan senarai barisan Kabinet. – BH Online

Tags: Ahli Parlimengabungan parti sarawakkabinetMuhyiddin Yassinperikatan nasional
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd