• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Bertemu KSN, Ketua-Ketua Jabatan Serta Agensi

oleh
02/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memulakan tugas sebagai Perdana Menteri hari ini mempunyai jadual bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara dan ketua-ketua jabatan serta agensi bagi menyelaraskan perjalanan pentadbiran kerajaan.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini menyatakan tiada mesyuarat atau sebarang perjumpaan dengan pemimpin politik dijadualkan bagi Muhyiddin hari ini.

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara semalam (1 Mac).

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Muhyiddin itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin memasuki Perdana Putra, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, di sini bagi memulakan tugas hari pertamanya sebagai perdana menteri hari ini.

Pada hari pertamanya, beliau mempunyai jadual temujanji dengan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Tags: Muhyiddin YassinPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Tiada Tokoh Lain Mempunyai Pengaruh Setanding PMX Anwar Di Peringkat Antarabangsa

Tiada Tokoh Lain Mempunyai Pengaruh Setanding PMX Anwar Di Peringkat Antarabangsa

18/06/2026
0

SEREMBAN - "Jika bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi Perdana Menteri, siapakah tokoh lain mempunyai pengaruh dan pengiktirafan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd