• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maya Matahari Meninggal Dunia

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI dan penyampai radio, Haiza mengesahkan berita mengenai penyanyi, Mya Ruslee atau Maya Matahari yang disahkan meninggal dunia jam empat petang tadi akibat kanser di Hospital Sungai Buloh.

Haiza ketika dihubung berkata, dia masih menunggu maklumat terkini mengenai jenazah arwah.

“Saya dapat panggilan daripada Kak Ieda (Moin) yang memaklumkan mengenai berita ini. Setakat ini, saya dimaklumkan jenazah arwah berada di Sungai Buloh,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Haiza, dia tahu bahawa rakannya itu menghidapi kanser dan menjalani rawatan di China.

“Dia tak banyak berkongsi mengenai penyakitnya. Yang saya tahu, dia menghidap kanser sejak dia menyertai Gegar Vaganza musim kelima lagi pada 2018 dan baru saja pulang dari China selepas menjalani rawatan di sana.

“Kali terakhir saya bertemu dengan arwah adalah ketika dia dimasukkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur di Bangsar pada penghujung tahun lalu dan sejak itu, selalu berhubung menerusi telefon,” katanya.

Mya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee popular menerusi beberapa lagu antaranya Matahari dan Diari Biru sekitar 1990-an dan kembali membuat kemunculan semula selepas menyertai program Gegar Vaganza. – myMetro Online

Tags: kanserMaya Mataharimeninggal dunia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari...

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd