Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Aktres Iran Tanpa Berhijab...

TEHERAN - Sadaf Taherian, aktres terkenal kelahiran Iran, menimbulkan kontroversi di negara asalnya...

Balas Dendam Pada Kekasih...

Colombia – Akibat marah dengan tindakan teman lelakinya yang curang dan meniduri wanita...

Video: Lima Kali Ditikam...

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki cedera di bahagian bahu kiri, dada dan belakang...

Lebih 400,000 Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR – Dianggarkan lebih 400,000 rakyat Malaysia menghidapi penyakit Hepatitis C ketika ini dan ia...

Masuk Pasar Chow Kit Untuk 20 Minit Setiap Seorang

POLIS memperketatkan kawalan di pasar Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur, dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan jangkitan Covid-19.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, orang ramai yang mahu membeli barang basah masih dibenarkan berbuat demikian namun diberi tempoh 20 minit setiap seorang.

“Berdasarkan tinjauan yang dilakukan mendapati pasar ini masih dipenuhi orang ramai walaupun PKP sudah dilaksanakan.

“Justeru, anggota polis ditempatkan di sini bagi mengawal pergerakan pengunjung supaya mematuhi perintah. Setiap pengunjung akan diperiksa suhu badan sebelum mereka dibenarkan masuk.

“Hanya 30 hingga 40 orang saja dibenarkan masuk dalam satu masa dan diberi masa 20 minit untuk membuat pembelian. Ia bagi memberi peluang kepada pengunjung lain yang menunggu di luar,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di pasar Jalan Chow Kit hari ini.

Mohd Fahmi berkata, dianggarkan lebih 700 orang datang membeli di pasar berkenaan sejak 6 hingga 10 pagi tadi.


“Kami menjangkakan lebih ramai lagi yang akan datang untuk membeli barang keperluan harian di pasar ini sehingga jam 1 tengah hari,” katanya.

Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan tindakan tegas termasuk menangkap individu yang ingkar kepada arahan akan dilakukan bagi memastikan tiada penularan jangkitan Covid-19 di kawasan itu.

“Saya harap semua pihak termasuk peniaga memberi kerjasama agar kami dapat melaksanakan PKP dengan sebaik mungkin bagi memutuskan rantaian Covid-19. Sama-sama kita membantu,” katanya. – myMetro Online

Kategori