• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Hilang Ditemui Rentung Kebakaran Di Pengerang

oleh
16/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Mangsa terakhir kebakaran Diesel Hydro Treater unit di  Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), dekat Kota Tinggi, yang dilaporkan hilang sebelum ini, ditemui dalam keadaan rentung, tengah hari ini.

Ini menjadikan kesemua mangsa rentung seramai lima orang, kata Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Pauzan Ahmad.

Beliau berkata mangsa itu ditemui dan dikeluarkan pada pukul 12.42 tengah hari.

“Terdapat tujuh mangsa yang terlibat, satu mangsa keluar sendiri, satu mangsa melecur sebanyak 40 peratus dikeluarkan oleh anggota Central Emergency & Fire Services (CEFS) Pengerang dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail.

“Lima mangsa telah dikeluarkan oleh Pihak Bomba dalam keadaan rentung. Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat dilakukan dengan kekuatan 14 anggota dan dipecahkan kepada dua pasukan,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, operasi masih dijalankan setakat 1.15 tengah hari dengan operasi tertumpu kepada menyejukkan struktur bangunan dan saluran gas di kawasan kebakaran bagi mengelakkan api naik semula.

Kesemua mangsa dikenali sebagai Mohd Saiful Amat (selamat), Arnado Alexander (cedera 40 peratus melecur) manakala lima lagi yang dipercayai rentung dikenali sebagai Fadhi Akmal Fadzil, Azarul Ashraf Nor Akmal, Norfazly Md Nor, Che Huzaidy Che Harun dan Hadi Syafiq Jamil.

Pada kejadian pukul 10.50 malam tadi, sebuah unit milik Pengerang Refining and Petrochemical (PRefChem) di PIC, disahkan terbakar dan berlaku letupan sehingga mengorbankan lima nyawa setakat ini.

Tags: kebakarankompleks bersepadu pengerang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd