• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Akan Bina Hubungan Lebih Baik Dengan India

oleh
11/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali komited untuk membina hubungan lebih baik di antara Malaysia dan India, khususnya bagi melonjakkan eksport minyak sawit.

Eksport komoditi itu mengalami penurunan selepas jalinan di antara kedua-dua negara tegang susulan pertikaian politik yang dikaitkan dengan kritikan ke atas tindakan New Delhi di Kashmir, serta undang-undang kewarganegaraan baharu.

Beliau berkata, kementerian akan menghantar rombongan ke India secepat yang mungkin untuk menyelesaikan isu berkenaan menerusi perundingan.

“Kita akan sediakan kertas Kabinet untuk isu ini. Antara langkah awal kita dalam kerajaan baharu ialah membina hubungan dengan India (yang lebih baik) khusus berkaitan isu sawit,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi di sini, hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, bagi kertas Kabinet itu, antara cadangan ialah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan lawatan rasmi ke India.

Selain itu, kementerian yang sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Industri Utama akan terus memperkukuh dan menambah baik dasar yang dibuat oleh kerajaan lalu.

Antara yang diberikan tumpuan ialah pelaksanaan Program B20 Biodiesel yang membabitkan adunan 20 peratus metil ester sawit (PME) dengan 80 peratus petroleum diesel bagi sektor pengangkutan.

Fokus beliau turut terarah untuk membantu golongan pekebun kecil getah melalui kenaikan paras harga Insentif Pengeluaran Getah (IPG).

“Saya ada hasrat untuk menaikkan kadar IPG bagi getah sekerap kepada lebih tinggi tetapi kementerian kena kaji terlebih dahulu, dan saya berharap ia akan menjadi yang terbaik kepada penoreh getah,” katanya.

Tags: eksport minyak sawitIndiamohd khairuddin aman razali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd