Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Peminat Cuba Mengurat, Amelina...

RATU dangdut tanah air, Amelina mengakui bahawa ketika awal kemunculan semulanya dalam industri,...

Viral Sebuah Gambar Ikan...

Seorang jurugambar ,tertangkap gambar seekor ikan kecil berenang di dalam obor-obor di pantai timur...

Remos Kambing ‘Handsome’ Yang...

KUALA KANGSAR - Di sebuah ladang di Enggor di sini terdapat seekor kambing...

Adegan Ikat, Libas Cemeti...

Susulan daripada pengharaman tayangan filem sensual Fifty Shades of Grey, ada segelintir pihak...

Mahu Buka Pintu Masuk, Johor Kena Dapat Kebenaran MKN

PUTRAJAYA – Kerajaan Johor perlu mendapatkan kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negeri (MKN) sekiranya ingin membuat keputusan untuk membuka pintu masuk Johor-Singapura.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Idham Baba berkata, ini kerana tiada pergerakan keluar masuk antara negara ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan sekarang sehingga 31 Mac ini.

“Kita telah buat keputusan dalam perintah ini bahawa tiada pergerakan keluar masuk dari negara ke negara.

“Sekiranya kerajaan Johor ingin dikecualikan daripada perintah itu, ia perlu dibawa ke MKN,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di sini hari ini.

Semalam, akhbar Singapura melaporkan Johor berhasrat untuk membuka semula sempadan dengan Singapura.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad dijangka mengumumkan pelan pengurangan kesan semasa wabak koronavirus (Covid-19).

Antara kategori yang dikecualikan ialah pemegang pas kerja oleh Malaysia atau Singapura, pelajar yang menuntut di Singapura, mereka yang mempunyai kemahiran khusus, ahli perniagaan, mereka yang terlibat dalam logistik dan lain-lain yang akan diumumkan tidak lama lagi.


Berdasarkan statistik, Johor mencatatkan negeri keempat tertinggi kes positif Covid-19 dengan 110 kes setakat hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai sebahagian rakyat Malaysia yang terpaksa tinggal di Singapura berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, beliau berkata, kesemua akan disaring dan dikuarantin.

“Sama sahaja (prosedur). Mereka akan disaring dan dikuarantin sebaik sahaja perintah Perintah Kawalan Pergerakan tamat,” katanya.

Ketika ditanya mengenai 83 peserta himpunan tabligh dunia yang berlangsung di Sulawesi, Indonesia, Dr. Adham berkata, mereka juga akan dikuarantin di pusat pusat kuarantin yang digazetkan.

“Saringan akan dilakukan di pintu masuk,” katanya. – Sinar Harian

Kategori