• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remos Kambing ‘Handsome’ Yang Pemalu

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Di sebuah ladang di Enggor di sini terdapat seekor kambing yang dilabel sebagai kambing ‘handsome’ dek kerana remos atau jambulnya yang berbelah tengah serta janggut panjang berwarna putih kekuningan.

Kambing berbulu putih bersih itu merupakan satu daripada 17 ekor baka Saanen yang ada di ladang Muhammad Livestock Farm yang kini tular sehingga ke negara jiran.

Seorang daripada pengendali ladang itu, Ahmad M. Fadzir, 21, graduan diploma perakaunan dari Universiti Sultan Azlan Shah di sini berkata sesuai dengan rupanya, kambing berumur 11 bulan itu diberi nama Remos.

Ketika diambil daripada pembekal di Terengganu pada Mac lalu, tiada sebarang keunikan atau keistimewaan yang dikesan.

“Hanya bulan lepas saya ambil gambar kambing ini menggunakan kamera (sebelum ini guna telefon), barulah saya perasan yang ia lain daripada yang lain. Kemudian saya muat naik dalam Facebook,” katanya ketika ditemui di ladangnya di sini.

Ahmad berkata, satu lagi yang menarik perhatian pada haiwan itu ialah sifat pemalunya lebih-lebih lagi bila ia berdepan dengan orang yang baru ketemu.

“Kadang-kadang kalau saya sendiri hendak pegang pun, ia lari dan menjauhkan diri,” katanya.

Ternyata, Remos bukan sahaja kambing yang ‘handsome’, tetapi pemalu kerana usaha untuk merakam gambarnya tidak semudah dijangka.

Perkongsian beberapa keping gambar Remos oleh Ahmad di Facebook Muhammad Livestock Farm baru-baru ini mendapat perhatian ramai netizen sehingga menjadi tular.

Ahmad yang menguruskan ladang itu bersama kembarnya Muhammad, berkata pihaknya tidak bercadang menjual Remos walaupun banyak pihak menawarkan harga menarik.

“Saya tidak fikir hendak jual kerana mahu jadikan ia bapa (baka jantan). Selain itu kambing ini juga telah menjadi ikon kepada ladang kami,” katanya.

Ahmad dan kembarnya mengambil alih ladang itu daripada ayah mereka sekitar tahun 2016.

Tags: jambulkacakkambingLadang
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

14/04/2026
0

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋 Alhamdulillah Pendaftaran dan Tempahan Bagi Ibadah Korban pada tahun ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd