Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Bayar Dividen KWSP Hingga...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan kenyataan mengenai pembayaran dividen...

Ihsan Perdana Terima RM50...

KUALA LUMPUR – Saksi ke-36 perbicaraan SRC International hari ini mendedahkan syarikat Ihsan...

Polis Sabah Rampas 11.9kg...

KOTA KINABALU - Polis Sabah merampas kira-kira 11.9 kilogram dadah jenis methamphetamine atau...

PRU15: Shahaniza Lawan Bekas...

MARAN : Barisan Nasional (BN) berdepan saingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum...

110 Kes Baharu COVID-19, Jumlah Kumulatif 900

SEBANYAK 110 kes baharu koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 900 kes dalam negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, berdasarkan siasatan awal, daripada 110 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 63 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Menurutnya, terdapat 15 kes yang pulih dan dibenarkan keluar pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan dibenarkan keluar daripada wad adalah sebanyak 75 kes.

“Sehingga kini, seramai 20 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan mulai 18 Mac sehingga 31 Mac ini, yang antara lain membabitkan larangan menyeluruh pergerakan bagi membendung penularan wabak jangkitan Covid-19 di Malaysia,” katanya pada sidang media khas Covid-19, hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Adham berkata Selangor menjadi negeri tertinggi jumlah pesakit COVID-19 iaitu sebanyak 223 kes dilaporkan.


“Ia diikuti Kuala Lumpur sebanyak 123 kes, Sabah (112), Johor (101), Negeri Sembilan (56), Sarawak (51) dan Kelantan (44).

“Bagi Kedah pula, sebanyak 40 kes dilaporkan diikuti Perak 35 kes, Pulau Pinang dan Pahang masing-masing 32 kes.

“Manakala empat negeri di bawah paras 20 kes iaitu Terengganu 11 kes, Perlis (sembilan), Putrajaya (enam) dan Labuan (lima),” katanya. – myMetro Online

Kategori