• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Herdik, Tampar Tian Chua Direman 4 Hari

oleh
02/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LELAKI yang bertindak menampar Naib Presiden PKR, Tian Chua direman selama empat hari bagi membantu siasatan insiden rusuhan di hadapan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada Chua bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian itu.

“Lelaki terbabit dalam rusuhan itu sudah direman empat hari hingga 5 Mac ini.

“Kita juga mengesahkan Chua sudah beri keterangan malam tadi. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Semalam, Chua dilaporkan ditampar, dibaling botol air dan kon selepas keluar dari ibu pejabat PKR pada 2.15 petang.

Beliau yang diiringi anggota polis dimaki hamun beberapa penyokong parti itu dengan melabelkan Naib Presiden PKR berkenaan sebagai pengkhianat.

Chua diserang penyokong parti itu yang tidak berpuas hati selepas mendakwa bekas Ahli Parlimen Batu itu sebagai pengkhianat sehingga menyebabkan hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kelapan berakhir.

Beliau diherdik dengan kata kesat selain ditampar sebaik selesai memberi keterangan kepada kepimpinan PKR selepas dikatakan antara pemimpin yang terbabit dengan konspirasi dilakukan bekas Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – myMetro Online

Tags: PKRtahanan remanTian Chua
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd