• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ada Tanda COVID-19 Bermalam Di Kedai Dobi

oleh
13/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang ada tanda COVID-19 dan menghilangkan diri ketika ditahan di Klinik Kesihatan Bukit Naga, Seksyen 32, Shah Alam, semalam kembali semula ke klinik berkenaan pagi tadi.

Hasil pemeriksaan, lelaki berusia 54 tahun terbabit didapati tidur di sebuah kedai dobi di Seksyen 18, Shah Alam, bersama isterinya sebelum kembali semula ke klinik sekitar jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata lelaki berasal dari Bagan Serai, Perak itu juga sebelum ini turut dilaporkan menyertai himpunan tabligh di sebuah masjid di Sri Petaling, di sini, pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Lelaki itu datang ke klinik berkenaan bersama isterinya namun mereka dilaporkan tiada di kawasan klinik selepas dimaklumkan lelaki itu perlu ditahan kerana mempunyai tanda COVID-19.

“Susulan itu, doktor di klinik kesihatan berkenaan kemudian membuat laporan polis selepas usaha menghubunginya tidak berjaya,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Dengan ini, Polis Daerah Shah Alam, menasihatkan semua pihak untuk mendengar arahan pihak Kementerian Kesihatan dan tidak bertindak sesuka hati kerana boleh menyebabkan penyakit berkenaan berjangkit, …tolong beri kerjasama,” katanya.

Ini bukanlah kali pertama kes individu disyaki positif COVID-19 menghilangkan diri. Sebelum ini satu laporan polis turut dibuat Hospital Shah Alam, di mana satu keluarga yang baru pulang dari Korea Selatan, turut menghilangkan diri semasa pemeriksaan dilakukan, hujung bulan lalu.

Bagaimanapun, keluarga berkenaan yang tinggal di Shah Alam, kemudian dapat dikesan sebelum pihak hospital membawa mereka ke Hospital Sungai Buloh dengan ambulans. – BH Online

Tags: Covid-19masjid sri petalingtabligh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penganjuran Sukma Johor Diputuskan Minggu Depan

Next Post

Jumlah Kematian Akibat Covid-19 Di China Meningkat 3,179

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Jumlah Kematian Akibat Covid-19 Di China Meningkat 3,179

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd