• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganjuran Sukma Johor Diputuskan Minggu Depan

oleh
13/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Keputusan sama ada penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 akan ditangguhkan atau tidak berikutan kebimbangan Covid-19, hanya akan diketahui minggu hadapan.

Exco Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan muktamad akan diketahui pada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma yang akan dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

“Kita tunggu keputusan yang akan diputuskan dalam mesyuarat minggu hadapan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerajaan negeri akan mengambil keputusan untuk menangguhkan SUKMA Johor yang dijadual berlangsung pada 11 hingga 19 Julai hadapan, bagi mencegah penularan Covid-19.

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengenai penangguhan kesemua perhimpunan yang melibatkan orang ramai bagi mencegah jangkitan virus berkenaan.

Tags: Covid-19Onn Hafiz GhaziSukma 2020
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pantun empat kerat yang disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berkempen sempena Pilihan Raya...

MT UMNO Mesyuarat Malam Ini – Onn Hafiz

MB Johor Nafi Dakwaan Puad, Tegas Pembubaran DUN Ikut Proses Perlembagaan

25/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd